Sitti Aisha Monib and Muhammad Amir Abdul Yasim and Muhammad Nur Taufiq Jamari and Mohd Hafizi Nurodin and Ahmad Azharuddin Abdul Sattar and Mohd Nasrun Mohd Talib and Saifulazry Mokhtar (2025) Cabaran dan implementasi dakwah dalam program amali dakwah IPDAS 2024 di Beaufort, Sabah. International Journal Of Modern Education (IJMOE), 7. pp. 895-910.
|
Text
FULLTEXTR.pdf Restricted to Registered users only Download (548kB) | Request a copy |
Abstract
Program Amali Dakwah merupakan satu platform pendidikan berasaskan lapangan yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) bertujuan untuk memberi pendedahan sebenar kepada mahasiswa dalam melaksanakan tugas dakwah secara praktikal di tengah-tengah masyarakat. Dalam merealisasikan Program Amali ini, setiap mahasiswa perlu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ketika berhadapan dengan masyarakat. Mahasiswa juga perlu bijak mengatur strategi dakwah dalam program ini agar dakwah yang disampaikan dapat diterima dengan senang hati oleh masyarakat. Walaupun persiapan awal telah disediakan sebelum turun ke arena dakwah, namun sudah tentu terdapat cabaran dan kekangan yang akan dihadapi oleh mahasiswa dalam menjayakan Program Amali ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneliti cabaran serta strategi implementasi dakwah yang dihadapi oleh para peserta Program Amali Dakwah IPDAS 2024 yang dilaksanakan di daerah Beaufort, Sabah. Kaedah kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen pelaksanaan program. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara cabaran utama yang dihadapi termasuklah halangan komunikasi antara kaum, kekurangan sumber dan kemudahan, serta keperluan kefahaman terhadap konteks budaya setempat. Walau bagaimanapun, pendekatan dakwah bil hal, dakwah fardiyah, dakwah bil lisan dan penglibatan langsung dalam aktiviti kemasyarakatan telah berjaya meningkatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap mesej Islam. Semoga cabaran dan implementasi yang dihadapi oleh mahasiswa menerusi Program Amali Dakwah ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur dan pedoman kepada para pendakwah pada masa akan datang.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Amali, Cabaran (Challenge), Dakwah (Da’wah), IPDAS, Implementasi (Implementation), Pendekatan (Approaches) |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP170.3-170.5 Missionary work of Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam |
| Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 17:09 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 17:09 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45405 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

