Anita Abd. Hamid (2008) Penguasaan istilah dan keupayaan penyelesaian masalah matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (869kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan istilah Matematik dan tahap keupayaan penyelesaian masalah Matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang melibatkan tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Sampel kajian adalah seramai 210 orang pelajar Tingkatan Empat yang dipilih dengan menggunakan persampelan bertujuan. Data tel ah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Melalui kaedah deskriptif, min, sisihan piawai dan peratus digunakan manakala melalui kaedah inferensi, ujian-t dan analisis korelasi Pearson analisis dibuat menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 12. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan istilah matematik pelajar adalah rendah dan tahap keupayaan penyelesaian masalah matematik pelajar berada pada tahap yang lemah. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan tahap penguasaan istilah matematik antara pelajar berpencapaian tinggi (min 10.46) dan pelajar berpencapaian sederhana (min 9.31). Melalui ujian-t juga kajian ini mendapati terdapat perbezaan tahap keupayaan penyelesaian masalah matematik antara pelajar berpencapaian tinggi (min 11.43) dan pelajar berpencapaian sederhana (min 7.31). Akhir sekali melalui analisis korelasi Pearson, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara penguasaan istilah matematik dengan keupayaan penyelesaian masalah matematik pelajar.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Penguasaan istilah Matematik, Keupayaan penyelesaian masalah Matematik, Pelajar sekolah menengah, Pendidikan Matematik, Pencapaian akademik |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3201-3325 School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 04 Nov 2025 14:54 |
| Last Modified: | 04 Nov 2025 14:54 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45616 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

