Chin, Sui Yin (2008) Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
ABSTRACT.pdf Download (166kB) |
|
|
Text
FULLTEXT..pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti kecenderungan keusahawanan pelajar yang menjadi anggota koperasi sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji ciri-ciri keusahawanan, dan hubungannya dengan kecenderungan keusahawanan. Ciri-ciri keusahawanan tersebut adalah dalam dimensi motivasi, kreatif, keyakinan diri, lokus kawalan dalaman dan kesanggupan mengambil risiko sederhana. Di samping itu, kajian ini juga akan melihat sama ada terdapat perbezaan kecenderungan keusahawanan berdasarkan jantina, etnik, pekerjaan ibu bapa dan pengalaman berniaga. Seramai 323 sampel dari sembilan buah koperasi sekolah di daerah kota Kinabalu yang terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik yang mengandungi 29 item diedarkan kepada pelajar tingkatan lima yang menjadi anggota koperasi sekolah. Analisis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu statistik . deskriptif dan inferens yang dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Analisis statisitik deskriptif menunjukkan kecenderungan keusahawanan di kalangan anggota adalah pada tahap sederhana sahaja manakala ciri-ciri keusahawanan pula adalah tinggi. Hasil kajian juga mendapati antara lima ciri keusahawanan yang diukur, ciri yang paling menonjol adalah lokus kawalan dalaman. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri keusahawanan dengan kecenderungan keusahawanan kecuali kesanggupan mengambil risiko sederhana dengan perkaitan yang sederhana kuat. Analisis ujian t dan ANOVA satu hala dengan aras kesignifikan 0.05 pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecenderungan keusahawanan mengikut jantina, etnik, pengalaman berniaga kecuali pekerjaan ibu bapa. Keseluruhan kajian menunjukkan pelajar yang menjadi anggota koperasi mempunyai kecenderungan keusahawanan yang sederhana dan mempunyai potensi untuk dibentuk menjadi usahawan sekiranya diberi bimbingan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Kecenderungan keusahawanan, Ciri-ciri keusahawanan, Pelajar sekolah menengah, Koperasi sekolah, Lokus kawalan dalaman, Risiko sederhana |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3602-3640 School life. Student manners and customs |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 04 Nov 2025 14:56 |
| Last Modified: | 04 Nov 2025 14:56 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45619 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

