Persepsi pelaksanaan program 'serasi' dan pengetahuan terhadap kesedaran pelajar tentang alam sekitar

Jaikin Gondili (2008) Persepsi pelaksanaan program 'serasi' dan pengetahuan terhadap kesedaran pelajar tentang alam sekitar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (808kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelaksanaan program SERASI terhadap. tahap kesedaran alam sekitar pelajar di sebuah 'sekolah terapung', daerah Kata Kinabalu. Kajian dijalankan bertujuan mengenal pasti perbezaan kesedaran alam sekitar pelajar berdasarkan aspek demografi berkaitan petempatan, kemudahan tandas dan cara pembersihan sampah. Selain itu, kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan Program SERASI dengan kesedaran alam sekitar pelajar. Kajian turut melihat Pengaruh Program SERASI dan pengetahuan terhadap kesedaran alam sekitar pelajar. Seramai 140 orang responden yang terlibat terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima. Pemilihan pelajar di kalangan kelas menengah atas dibuat memandangkan mereka telah terlibat secara langsung dengan kesemua aktiviti yang dilaksanakan dalam program SERASI sejak ianya diperkenalkan di sekolah ini. Data diperoleh melalui soal selidik. Analisis data kajian menggunakan statistik deskriptif (Peratus), Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi pearson dan regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan bahawa; kesedaran a lam sekitar di kalangan pelajar berdasarkan demografi berkaitan petempatan adalah ( t = -.017; p > 0.05) iaitu kesedaran bagi responden yang tinggal di darat dan yang tinggal di petempatan atas air adalah sama. kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar berdasarkan demografi berkaitan kemudahan tandas adalah (F = .089; p > 0.05) yang menunjukkan bahawa jenis kemudahan tandas bukanlah faktor penentu kepada tahap kesedaran alam sekitar responden. Manakala kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar berdasarkan demografi berkaitan cara pembersihan sampah adalah (F = 1.195; p > 0.05) yang menjelaskan bahawa cara pembersihan sampah yang diamalkan bukan faktor yang menentukan tahap kesedaran alam sekitar responden. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan program SERASI terhadap kesedaran alam sekitar pelajar (r = .530; p < 0.01) iaitu; semakin positif persepsi pelajar terhadap program SERASI maka semakin tinggi tahap kesedaran alam sekitar pelajar. Dapatan kajian juga mendapati bahawa kedua-dua pemboleh ubah iaitu program SERASI dan pengetahuan merupakan faktor utama yang mempunyai pengaruh signifikan terhadap kesedaran alam sekitar pelajar sebagaimana yang ditunjukkan analisis data iaitu (R2 = 0.589, F = 36.382, k < 0.01).

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Program SERASI, Kesedaran alam sekitar, Pendidikan alam sekitar, Pelajar sekolah menengah, Persepsi pelajar, Sekolah terapung
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > GE1-350 Environmental sciences > GE70-90 Environmental education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 09:55
Last Modified: 07 Nov 2025 09:55
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45628

Actions (login required)

View Item View Item