Pengaruh kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat

Jannie A. Roman (2007) Pengaruh kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik sama ada wujud pengaruh kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian matematik dalam kalangan pelajar di sekolah kajian. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan kecerdasan emosi dan gaya pembelajaran berdasarkan gender. Sampel kajian terdiri daripada 135 orang pelajar tingkatan empat. Prosedur persampelan adalah kebarangkalian rawak berstrata dan rawak mudah. Instrumen kajian oleh Weisinger (1998) telah digunakan untuk mengukur kecerdasan emosi dan Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) digunakan untuk mengukur lima gaya pembelajaran responden iaitu gaya pembelajaran dorongan, gaya pembelajaran permukaan, gaya pembelajaran mendalam, gaya pembelajaran terancang dan gaya pembelajaran gigih usaha. Pencapaian matematik dinilai dengan menggunakan ujian setara matematik berbentuk 40 soalan objektif topikal tingkatan empat dengan Indeks Kesukaran tahap sederhana dan Indeks Diskriminasi sangat baik dengan berdasarkan tiga aras Taksonomi Bloom. Hasil kajian mendapati dua dimensi kecerdasan emosi iaitu kesedaran diri dan motivasi diri memberi pengaruh signifikan terhadap gaya pembelajaran dorongan. Motivasi diri juga secara signifikan mempengaruhi semua gaya-gaya pembelajaran lain iaitu gaya pembelajaran permukaan, gaya pembelajaran mendalam, gaya pembelajaran terancang dan gaya pembelajaran gigih usaha. Kajian ini turut mendapati bahawa terdapat hubungan positif antara kecerdasan emosi dengan pencapaian matematik tetapi pada pekali koefisien yang lemah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud pengaruh signifikan gaya pembelajaran dorongan terhadap pencapaian matematik. Responden perempuan didapati mempunyai kesedaran diri dan kawalan diri yang lebih tinggi berbanding responden lelaki dan lebih cenderung mengamalkan gaya pembelajaran dorongan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kecerdasan emosi, Gaya pembelajaran, Pencapaian matematik, Gender, Pelajar tingkatan empat, Motivasi diri
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3201-3325 School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 09:57
Last Modified: 07 Nov 2025 09:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45630

Actions (login required)

View Item View Item