Persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna

Jumria @Jumdia Haji (2008) Persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (263kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna. Kajian ini bertumpu di sembilan buah sekolah menengah di daerah Semporna, dan seramai 239 orang guru daripada sembilan buah sekolah menengah dengan mengambil 35% sampel daripada setiap buah sekolah tersebut. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang telah diubah suai daripada Model Kepimpinan Pengajaran Hallinger dan Murphy (1985). Analisis kajian dibuat dengan menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, min dan peratus dan juga secara statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan pengetua-pengetua bagi sembilan buah sekolah di daerah Semporna telah pun melakukan tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian ini didapati pengetua-pengetua bagi sembilan buah sekolah di daerah Sempoma telah pun melakukan tugas mereka sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Nilai keseluruhan min yang ditunjukkan bagi ketiga-tiga dimensi kepimpinan pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah 2.5214. keadaan ini telah melepasi daripada paras min 2.50 yang dianggap sederhana. Keputusan kajian juga menunjukkan adanya hubungan yang signifikan di antara peranan pengetua dalam aspek penakrifan matlamat sekolah dengan pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran, usaha-usaha yang mantap harus diteruskan bagi memastikan para pengetua tidak akan mengabaikan tanggungjawab utama mereka berbanding dengan kesibukan yang lain.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan pengajaran, Kepimpinan instruksional, Pengetua sekolah menengah, Persepsi guru, Pengurusan pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Nov 2025 09:59
Last Modified: 07 Nov 2025 09:59
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45635

Actions (login required)

View Item View Item