Mohd Nasir Rayung (2008) Persepsi guru terhadap amalan pengurusan pengetua dalam membentuk iklim sekolah yang kondusif. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau tahap amalan pengurusan pengetua dalam membentuk iklim yang kondusif di sekolah. Amalan pengurusan ini merangkumi pencapaian matlamat, membuat keputusan, perancangan program, peningkatan kemahiran staf, penyeliaan staf dan hubungan dengan murid dalam membentuk iklim yang kondusif. Penilaian ini dibuat terhadap guru berdasarkan pengalaman mengajar dan tempoh berkhidmat dibawah pengetua. Sampel kajian terdiri daripada 103 guru dari dua buah sekolah menengah di Daerah Tawau. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Hasil kajian rintis yang dijalankan menunjukkan nilai alfa Cronbach 0.8156. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan 'Statistical Packages For Social Sciences' (SPSS) versi 11.5 dan dapatan dilaporkan dalam bentuk deskriptif (peratusan dan min) dan inferensi (ujian-t, korelasi dan analisi regresi). Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor demografi tidak menunjukkan perbezaan terhadap persepsi guru dalam menilai amalan pengurusan pengetua. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa amalan pengurusan pengetua mempunyai hubungan yang sederhana kuat dengan pembentukan iklim yang kondusif di sekolah. Dari segi pengaruh, dapatan kajian menunjukkan item penyeliaan staf dan pencapaian matlamat mempunyai pengaruh yang sederhana kuat terhadap pembentukan iklim yang kondusif di sekolah. Kesemua dapatan ini diuji pada aras kepercayaan p<0.05. Dicadangkan agar amalan pengurusan pengetua dipertingkatkan lagi melalui penelitian oleh pengetua dalam membentuk suasana sekolah yang lebih kondusif.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Amalan pengurusan pengetua, Iklim sekolah kondusif, Kepimpinan pendidikan, Persepsi guru, Penyeliaan staf, Pencapaian matlamat sekolah |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 07 Nov 2025 10:19 |
| Last Modified: | 07 Nov 2025 10:19 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45654 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

