Nor Hafizah Ahmad (2008) Hubungan faktor kepuasan kerja dengan komitmen terhadap organisasi sekolah di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (10MB) |
Abstract
Kajian ini diadakan bagi mengenalpasti faktor-faktor kepuasan kerja yang mempengaruhi komitmen terhadap organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti a) hubungan antara ganjaran kepuasan kerja intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen terhadap organisasi, b) perbezaan komitmen terhadap organisasi berdasarkan faktor demografi dan c) pengaruh pembolehubah tidak bersandar terhadap komitmen terhadap organisasi. Seramai 136 orang guru dari tiga buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Mereka adalah terdiri daripada dua kategori perkhidmatan iaitu guru-guru siswazah dan bukan siswazah. Set soal selidik mengandungi 50 item berskala lima Likert telah digunakan bagi mengukur maklumbalas responden. Sebanyak lapan hipotesis khusus telah dibentuk bagi kajian ini. Kaedah-kaedah statistic Korelasi Pearson, Ujian-t, Analisis Varian Sehala {ANOVA) dan Regresi Berganda telah digunakan bagi menguji hipotesishipotesis ini. Hasil kajian menunjukkan a) terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja ganjaran intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen terhadap organisasi, b) tidak terdapat perbezaan komitmen yang signifikan berdasarkan cirri demografi seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kategori perkhidmatan dan c) ganjaran kepuasan kerja intrinsik menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas komitmen terhadap organisasi. Berdasarkan dapatan ini, cadangan-cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi komitmen para guru kepada organisasi mereka.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Kepuasan kerja, Komitmen organisasi, Ganjaran intrinsik, Ganjaran ekstrinsik, Guru sekolah menengah, Faktor demografi, Motivasi kerja, Sabah |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 07 Nov 2025 10:20 |
| Last Modified: | 07 Nov 2025 10:20 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45656 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

