Salmah Loh @ Lok (2007) Kesediaan belajar dan penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar sekolah satu sesi di daerah Kota Belud: Satu kajian kes. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (732kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengetahui persepsi pelajar terhadap tahap kesediaan mereka belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah satu sesi. Kajian adalah berbentuk kajian kes, melibatkan seramai 157 orang pelajar tingkatan empat di dua buah menengah sekolah satu sesi di daerah Kota Belud iaitu SMK Tambulion dan SMK Pekan II. Seramai 38 orang guru turut terlibat dalam kajian ini bagi mengetahui persepsi guru terhadap kesediaan pelajar mengikuti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum di sekolah satu sesi. Ianya juga untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan pembolehubah yang dikaji. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis data dan dipersembahkan dalam bentuk huraian bagi memperjelaskan lagi dapatan. Berdasarkan kajian didapati kesediaan pelajar adalah pada tahap sederhana berdasarkan skala taksiran min, manakala penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah pada tahap yang tinggi. Namun demikian dari sudut pandangan guru, keseluruhannya pelajar masih berada pada tahap sederhana kesediaan belajar dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah satu sesi yang memanjangkan waktu persekolahan ini.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Persepsi pelajar, Kesediaan belajar, Penglibatan kokurikulum, Sekolah satu sesi, Guru dan pelajar, Pendidikan menengah, Kota Belud, Kajian kes, Statistik deskriptif |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:03 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:03 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45707 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

