Hubungan antara program nilam dengan minat membaca dan pencapaian akademik pelajar: Satu kajian terhadap persepsi pelajar tingkatan empat

Shariffah Hudah Sharif Ali (2008) Hubungan antara program nilam dengan minat membaca dan pencapaian akademik pelajar: Satu kajian terhadap persepsi pelajar tingkatan empat. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi pelajar terhadap Program NILAM mengikut jantina dan kaum. Selain itu, kajian ini turut meninjau dari segi hubungan persepsi pelajar terhadap Program NILAM dengan minat membaca. Di samping itu, hubungan persepsi pelajar terhadap Program NHAM dengan pencapaian akademik pelajar tu rut dikaji. Kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik diaplikasikan dalam kajian ini. Pemilihan sampel melibatkan lima buah sekolah menengah di daerah Tuaran. Seramai 204 orang pelajar iaitu 95 orang pelajar lelaki dan 109 orang pelajar perempuan dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Analisis data kajian menggunakan kaedah peratusan, Ujian-t, Ujian Anova Sehala, Korelasi Pearson dan Korelasi Spearman. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam persepsi pelajar terhadap Program NILAM dari segi jantina. Di mana jantina dengan catatan [t = -3.760; p < 0.01]. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar terhadap Program NILAM dari segi kaum. Di mana kaum dengan catatan [F [ 3, 200] = .401 , p > 0.05]. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap Program NILAM dengan minat membaca di kalangan pelajar iaitu dengan catatan [r = . 616 , p < 0.01]. Hasil kajian menunjukkan semakin positif persepsi pelajar terhadap Program NILAM semakin tinggi minat membaca pelajar. Ujian Korelasi Spearman menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap Program NILAM dengan pencapaian Bahasa Melayu PMR 2007 dengan catatan [rho = . 128, p > 0.05]. Hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan persepsi pelajar terhadap Program NILAM dengan pencapaian Bahasa Melayu PMR 2007. Kajian kualitatif bertujuan untuk melihat peranan ibu bapa atau penjaga terhadap penyertaan pelajar dalam Program NILAM. Berdasarkan kepada analisis data temu bual dalam Soalan Kajian 1, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua ibu bapa atau penjaga sering membeli buku kecuali 1 orang (5 %) responden mengakui ibu bapa atau penjaga mereka tidak pernah membeli buku bacaan kepada mereka. Dalam Soalan Kajian 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua ibu bapa atau penjaga bertanya tentang buku yang mereka baca kecuali 2 orang (10 %) responden mengakui ibu bapa atau penjaga mereka tidak pernah bertanya tentang buku yang mereka baca disebabkan kesibukan bekerja. Dalam Soalan Kajian 3, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua ibu bapa atau penjaga mereka selalu menyemak buku rekod bacaan NILAM kecuali 1 orang (5 %) responden mengakui ibu bapa atau penjaga mereka tidak selalu menyemak kerana kesibukan bekerja manakala 6 orang (30 % ) responden mengakui ibu bapa atau penjaga mereka tidak pernah menyemak buku rekod NILAM mereka. Dalam Soalan Kajian 4, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden iaitu 20 orang (100 %) mengakui ibu bapa atau penjaga mereka menggalakkan mereka membaca. Dalam Soalan Kajian 5, dapatan kajian menunjukkan bahawa semua ibu bapa atau penjaga sering membawa mereka ke perpustakaan awam kecuali 4 orang (20 %) responden menyatakan mereka pergi ke perpustakaan awam bersama rakan-rakan atau dengan adik atau pergi sendiri.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Program NILAM, Persepsi pelajar, Minat membaca, Pencapaian akademik, Peranan ibu bapa, Sekolah menengah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Nov 2025 12:07
Last Modified: 11 Nov 2025 12:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45710

Actions (login required)

View Item View Item