Perkaitan antara sokongan pentadbir, rakan sejawat dan kemudahan dengan efikasi guru PPSMI sekolah menengah

Simun @ Jainehammel bin Rugag @ Rukag (2008) Perkaitan antara sokongan pentadbir, rakan sejawat dan kemudahan dengan efikasi guru PPSMI sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (981kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninJau tahap sokongan pentadbir, rakan sejawat, kemudahan dan efikasi guru dalam kalangan guru sains dan matematik sekolah menengah di Daerah Penampang Sabah. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti korelasi antara: sokongan pentadbir dengan efikasi guru, sokongan rakan sejawat dengan efikasi guru, dan sokongan kemudahan dengan efikas_i guru. Seramai 104 orang guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini daripada 131 populasi guru sains dan matematik dalam kawasan kajian. Segala data diperolehi melalui borang soal selidik menggunakan skala Likert 4 mata. Data yang diperoleh, diproses dengan menggunakan pengaturcaraan SPSS versi 15.0. Statistik deskriptif dianalisis menggunakan frekuensi, peratus dan min. Statistik inferensi dibuat menggunakan ujian-t, ANOVA satu-hala dan korelasi Pearson. Ujian-t untuk mengenal pasti perbezaan sokongan pentadbir, sokongan rakan sejawat, sokongan kemudahan dan tahap efikasi guru berdasarkan jantina. Analisis ANOVA satu-hala digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan sokongan pentadbir, sokongan rakan sejawat, sokongan kemudahan dan tahap efikasi guru berdasarkan ciri demografi responden, iaitu: pengalaman mengajar, umur dan bidang pengkhususan mata pelajaran yang diajar. Pekali korelasi Pearson (IJ digunakan untuk melihat kewujudan perkaitan antara sokongan pentadbir, sokongan rakan sejawat dan sokongan kemudahan dengan tahap efikasi guru dalam penggunaan komputer atau teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan tahap sokongan pentadir sederhana tinggi (m=2.98, sp=0.40), tahap sokongan rakan sejawat tinggi (m=3.12, sp=0.42), tahap sokongan kemudahan sederhana tinggi (m=2.62, sp=0.57) dan tahap efikasi guru sederhana tinggi (m=2.81, sp=0.47). Dapatan kajian juga menunjukka·n bahawa tidak terdapat perbezaan sokongan pentadbir, sokongan rakan sejawat, sokongan kemudahan dan efikasi guru berdasarkan ciri demografi kecuali tahap efikasi guru berdasarkan pengalaman mengajar dan bidang pengkhususan mata pelajaran yang diajar. Analisis korelasi mendapati tidak terdapat perkaitan antara sokongan pentadbir dan sokongan rakan sejawat dengan efikasi guru tetapi terdapat perkaitan positif yang lemah dan signifikan (r =0.223, p =0.023) pada aras 0.05 antara sokongan kemudahan dengan efikasi guru. Berdasarkan kajian ini, sokongan kemudahan merupakan satu elemen yang boleh dimanipulasikan bagi meningkatkan efikasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer atau teknologi maklumat dan komunikasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Efikasi guru, Sokongan pentadbir, Sokongan rakan sejawat, Kemudahan sekolah, Penggunaan komputer dan ICT
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Nov 2025 12:08
Last Modified: 11 Nov 2025 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45711

Actions (login required)

View Item View Item