Analisis nilai dalam kartun editorial Jamdin Buyong terhadap isu sosial, politik dan ekonomi

Suraya Hani Zakaria (2019) Analisis nilai dalam kartun editorial Jamdin Buyong terhadap isu sosial, politik dan ekonomi. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (942kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (41MB)

Abstract

Penyelidikan bertujuan untuk menganalisis nilai yang terkandung dalam kartun editorial Jamdin Buyong. Kartun beliau merupakan data primer kajian yang diperolehi dalam surat khabar Sabah Times pada tahun 1964 hingga 1968. Jamdin Buyong bukan sahaja merupakan seorang yang mempunyai kemampuan dalam bidang sastera tetapi beliau juga merupakan kartunis yang berbakat. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan historikal yang bersifat diskriptif. Objektif kajian ialah mengklasifikasi 133 buah kartun, merujuk kepada ciri-ciri kartun yang diutarakan oleh Muliyadi Mahamood (1999,2015) dan spesifikasi Gillian Dyer (1982). Sebanyak 16 buah kartun terpilih melalui proses tersebut menggunakan borang skor penilaian tema yang membahagikan kepada 7 kartun dalam tema sosial, 5 kartun politik dan 4 kartun ekonomi. Kemudian, proses mengenalpasti watak dan latar dijalankan bagi memudahkan analisis seterusnya dilakukan. Analisis ini menggunakan teori segitiga makna iaitu tanda (perwakilan), penanda (objek) dan petanda (interpretasi) yang terangkum dalam teori semiotik visual Charles Sanders Pierce (1839-1914). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa kartun editorial dalam akhbar telah berupaya membuat pernyataan kritikan, teguran dan sindiran yang tegas, lucu dan menghiburkan masyarakat. Keseluruhan 16 kartun Jamdin Buyong mendukung 16 nilai kebangsaan, 7 nilai anti-koloniolisme, 16 nilai dakwah dan 16 nilai kemanusiaan dalam perjuangan mengisi kemerdekaan negara. Penyelidikan ini memberi implikasi teoritikal berupa panduan kepada pengkaji lain yang ingin menggunakan teori semiotik visual sebagai landasan analisis. Manakala implikasi praktikal penyelidikan ini melengkapkan dokumentasi dan kajian sejarah seni kartun Malaysia amnya dan Sabah khasnya. Justeru, masyarakat dapat mengetahui peristiwa pada masa lalu dari sudut sosial, politik dan ekonomi di Sabah sebagai panduan untuk menangani situasi pada masa kini dan akan datang. Hal ini adalah disebabkan isu, nilai dan pemikiran dalam kartun Jamdin Buyong tersebut sentiasa relevan untuk dihayati oleh masyarakat sehingga kini.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Jamdin Buyong, Kartun editorial, Sabah Times, Semiotik visual, Charles Sanders Pierce, Nilai kebangsaan, Anti-kolonialisme, Nilai dakwah
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration > NC1300-1766 Pictorial humor, caricature, etc.
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Nov 2025 12:08
Last Modified: 11 Nov 2025 12:08
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45716

Actions (login required)

View Item View Item