Yee, Kok Hein (2008) Hubungan ujian diagnostik dengan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (967kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kesedaran pengkaji tentang kelemahan pelajar terutama pelajar luar bandar telah mendorong pengkaji membuat kajian ilmiah berkenaan pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris yang telah mula diperkenalkan pada sesi persekolahan tahun 2003 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini melibatkan 244 orang pelajar Tingkatan Tiga yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris semasa mereka berada di Tingkatan Satu. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui hubungan antara pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dengan pencapaian ujian diagnostik dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) serta pengaruh persepsi pelajar terhadap pencapaian ujian diagnostik dan PMR. Kajian ini menggunakan ujian diagnostik dan kaedah soal selidik. Satu set ujian diagnostik Matematik yang mengandungi 15 soalan subjektif diedarkan kepada pelajar untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas matematik pelajar. Tujuan ujian diagnostik ini adalah untuk meninjau kelemahan pelajar dalam kemahiran matematik supaya pemulihan dapat dijalankan sebelum peperiksaan PMR sebenar dengan tujuan meningkatkan pencapaian pelajar dalam PMR. Satu set soal selidik turut disediakan untuk mengumpul dan meninjau persepsi dan pendapat pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Huraian keputusan kajian ini pada keseluruhannya dibuat secara deskriptif dengan menggunakan jadual frekuensi dan peratusan. Selain itu, kaedah statistik inferensi juga digunakan dalam menganalisis data yang mana ujian korelasi Pearson dan ujian korelasi Spearman digunakan. Pengkaji menggunakan kaedah inferensi untuk melihat perhubungan yang signifikan antara dua pembolehubah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan (rho =.799, k,0.01} antara gred pencapaian mata pelajaran Matematik dalam PMR dengan pencapaian ujian diagnostik. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berpersepsi positif terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Pelajar yang berpandangan positif terhadap PPSMI akan memperoleh pencapaian yang baik dalam ujian diagnostik. Selain daripada itu, pelajar yang mencapai keputusan baik dalam ujian diagnostik akan memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan PMR sebenar. Dapatan kajian juga menunjukkan ujian diagnostik merupakan satu alat ujian untuk menguji tahap penguasaan kemahiran matematik pelajar. Pemulihan dapat dijalankan selepas ujian diagnostik apabila kelemahan pelajar dapat dikenalpasti. Dengan adanya pemulihan, ini dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebenar seperti PMR. Daripada kajian, didapati faktor persepsi pelajar merupakan salah satu faktor yang akan mempengarui pencapaian dalam Matematik.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | PPSMI, Pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris, Persepsi pelajar, Pencapaian Matematik, Ujian diagnostik, PMR, Pendidikan luar bandar |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB3201-3325 School architecture and equipment. School physical facilities. Campus planning |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:09 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:09 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45719 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

