Ghazali @ Hassan Sulaiman (2018) Pengaruh elemen pendidikan vokasional, kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid pendidikan asas vokasional. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (835kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (16MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh elemen pendidikan vokasional, kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di sekolah menengah harian. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik sebagai instrumen kajian telah digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif melibatkan seramai 210 responden terpilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Data kajian telah dianalisis menggunakan statistik SPSS versi 24.0 dan analisis Partial Least Squares (PLS)-Structural Equation Modeling (SEM). Data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif (min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan) dan analisis inferensi menggunakan ujian statistik parametrik iaitu ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan regresi berganda. Manakala analisis PLS-SEM digunakan untuk menguji model yang dicadangkan oleh pengkaji. Dapatan kajian menunjukkan tahap elemen pendidikan vokasional berada pada sederhana tinggi. Manakala tahap kemahiran vokasional juga berada pada sederhana tinggi. Tahap strategi pembelajaran dan kebolehkerjaan murid PAV, didapati juga berada pada sederhana tinggi. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dan lokasi. Manakala keputusan ujian ANOVA sehala berdasarkan kursus, menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara elemen pendidikan vokasional dengan kebolehkerjaan murid PAV, sementara kemahiran vokasional juga terdapat hubungan yang signifikan dengan kebolehkerjaan murid PAV manakala bagi strategi pembelajaran pula, juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan kebolehkerjaan murid PAV. Bagi analisis regresi berganda, membuktikan terdapat pengaruh yang signifikan faktor peramal iaitu elemen pendidikan vokasional, kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Analisis PLS-SEM yang menggunakan model dicadangkan, menunjukkan terdapat model sumbangan yang signifikan. Implikasi kajian ini, mencadangkan kebolehkerjaan murid PAV perlu sentiasa dipertingkatkan agar lebih berdaya saing khususnya dalam mendapatkan peluang pekerjaan sama ada pada peringkat domestik dan global atau pun untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran ke tahap yang lebih tinggi.
| Item Type: | Thesis (Doctoral) |
|---|---|
| Keyword: | Pendidikan Asas Vokasional, PAV, Kebolehkerjaan, Kemahiran vokasional, Strategi pembelajaran, Elemen pendidikan vokasional, Pendidikan teknikal dan vokasional, VET |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General) |
| Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 12:10 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 12:10 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45722 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

