Hubungan kemahiran berfikir kreatif dengan pelajar aliran mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah dalam negeri Sabah

Rosmayati Abu (2009) Hubungan kemahiran berfikir kreatif dengan pelajar aliran mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah dalam negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau Hubungan Kemahiran Berfikir Kreatif Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Aliran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Dalam Negeri Sabah. Kajian ini melihat kepada ciri demografi, personaliti kreatif, tahap kemahiran berfikir kreatif, hubungan tahap kemahiran berfikir kreatif dengan pencapaian akademik, perbezaan tahap kemahiran berfikir mengikut pencapaian akademik, perbezaan kekerapan menjana idea dan sikap menghubungkait mengikut pencapaian akademik. Seramai 135 orang responden daripada lapan buah sekolah menengah di di Sabah yang menawarkan MPV khusus dalam Katering Penyajian terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang diukur melalui skala Likert 4 poin. Kaedah statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan statistik inferensi ujian korelasi Spearman's rho dan ANOVA digunakan untuk penganalisaan data. Hasil analisis deskriptif ciri-ciri demografi pelajar didapati ciri Jantina (M=l.8704), Taraf (M=l.0667), Pendapatan (M=l.5778), pencapaian akademik (M=2.3407) dan personaliti (M=2.0074) pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 1.80. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan tahap kemahiran berfikir kreatif menerusi ujian Korelasi Spearman's rho dengan nila r=-.119. Begitu juga menerusi ujian ANOVA mendapati tiada perbezaan antara kemahiran berfikir kreatif mengikut pencapaian akademik. Manakala ujian ANOVA bagi melihat perbezaan kemahiran menjana idea dan kemahiran menghubungkait masing-masing dengan pencapaian akademik juga tiada perbezaan yang signifikan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kreatif, Pelajar vokasional, Pencapaian akademik, Spearman, ANOVA
Subjects: L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: RAZALINAH BINTI DARAIM -
Date Deposited: 06 Jan 2026 12:51
Last Modified: 06 Jan 2026 12:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45800

Actions (login required)

View Item View Item