Nor Adila Samuri and Norhuda Salleh (2025) Ulasan penskopan makanan sebagai simbol komunikasi bukan lisan. Asian People Journal (APJ), 8. pp. 189-203.
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (519kB) | Request a copy |
Abstract
Simbol adalah elemen penting dalam menentukan kejayaan proses komunikasi. Penyelidikan ini menumpukan pada makanan sebagai simbol dalam konteks komunikasi bukan lisan untuk menyampaikan mesej sosial dan budaya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis jurang pengetahuan berkaitan makanan sebagai simbol dalam komunikasi bukan lisan. Kajian ulasan penskopan digunakan, dengan data dikumpulkan melalui pencarian sistematik dari pangkalan data Web of Science (WoS) dan Scopus. Istilah pencarian seperti nonverbal, communication, food, dish, cuisine dan meal digunakan, menghasilkan 11,643 artikel dengan memilih 11 artikel untuk dianalisis. Penemuan kajian menonjolkan enam tema: gaya hidup, lokasi, masa, penanda identiti, ciri-ciri makanan, dan hubungan antara manusia dan haiwan. Selain itu, kajian ini mengenal pasti sepuluh bidang khusus dalam penyelidikan makanan, termasuk waktu dan lokasi makan, konteks keluarga, status pekerjaan, ukuran tahap kesihatan, gaya makan, ekspresi emosi, ritual budaya, dan sistem kepercayaan. Kajian ini menyediakan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana makanan digunakan sebagai simbol dalam komunikasi bukan lisan dan mencadangkan supaya kajian lanjut dilaksanakan dalam pelbagai konteks budaya dan etnik untuk menangani jurang pengetahuan dalam kajian komunikasi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Keyword: | Budaya, Penanda Identiti, Makanan, Komunikasi Bukan Lisan, Konteks Sosial |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P99.5-99.6 Nonverbal communication T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
| Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
| Depositing User: | JUNAINE JASNI - |
| Date Deposited: | 10 Jan 2026 21:09 |
| Last Modified: | 10 Jan 2026 21:09 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45837 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

