Chai, Ming Chan (2009) Stres dalam kalangan guru SJK (C) di Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian stres di tempat kerja ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti punca utama dan tahap stres dalam kalangan guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina). Terdapat empat faktor stres di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) yang dikaji, iaitu termasuklah faktor murid, beban tugas, kekangan masa dan sumber, serta suasana sekolah. Seramai 200 orang guru SJK (C) telah dipilih secara rawak untuk dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah Teacher Stress Inventory yang dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995). Analisis data dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Bagi tujuan inferensi, Ujian-T dan ANOVA Satu-Hala telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres kerja dalam kalangan guru adalah sederhana secara keseluruhan. Faktor beban tugas merupakan faktor utama stres guru, diikuti oleh faktor kekangan masa dan sumber, faktor murid dan juga faktor suasana sekolah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan stres kerja yang signifikan dalam kalangan guru mengikut jantina. Manakala, stres kerja dibuktikan mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut umur dan pengalaman mengajar.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Stres di tempat kerja, Guru SJK(C), Beban tugas, Kekangan masa, Faktor stres guru |
| Subjects: | L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC65-245 Social aspects of education |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | RAZALINAH BINTI DARAIM - |
| Date Deposited: | 23 Jan 2026 22:32 |
| Last Modified: | 23 Jan 2026 22:32 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45851 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

