Lee, Sin Fatt (2008) Hubungan peranan, kemahiran dan bimbingan guru pembimbing dalam mentoring praktikum guru pelatih KPLI sebuah institut perguruan Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (973kB) |
|
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (8MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara peranan, kemahiran dan bimbingan guru pembimbing dalam mentoring praktikum guru pelatih KPLI (sekolah rendah) sebuah institut perguruan di Sabah. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk (i) mengenal pasti peranan, kemahiran dan bimbingan guru pembimbing dalam mentoring praktikum guru pelatih, dan (ii) meneliti sama ada terdapat hubungan yang singnifikan antara ketiga-tiga variabel ini. Subjek kajian terdiri daripada 113 orang guru pelatih KPLI (sekolah rendah) daripada enam opsyen pengajian berlainan yang menjalani praktikum di sekolah rendah sekitar Kota Kinabalu. Satu set soal selidik yang merangkumi 82 item dengan menggunakan skala Likert 4 poin telah diguna untuk mengukur persepsi guru pelatih terhadap peranan, kemahiran dan bimbingan guru pembimbing dalam mentoring praktikum. Maklum balas guru pelatih dikumpul dan data dianalisis dengan perisian statistik SPSS versi 12.0. Hasil analisis mendapati guru pelatih menunjukkan persepsi yang positif terhadap peranan, kemahiran dan bimbingan oleh guru pembimbing, di mana skor min peranan 3.29, min bimbingan 3.33 dan min kemahiran 3.46 (daripada skor min maksimum 4.00). Ini mencerminkan guru pembimbing yang dicalon oleh sekolah telah memainkan peranan mereka sebagai mentor dengan baik dan menyempurnakan tugas-tugas yang disenaraikan dalam Garis Panduan Praktikum Sahagian Pendidikan Guru. Hasil analisis korelasi Pearson-r menunjukkan wujudnya hubungan sehaluan yang signifikan antara peranan dengan bimbingan (r = .801, p< .01), kemahiran dengan peranan (r = .704, p< .01), dan kemahiran dengan bimbingan oleh guru pembimbing (r = .800, p< .01). Pada keseluruhannya, guru pelatih menunjukkan persepsi yang positif terhadap hubungan antara peranan, kemahiran dan bimbingan guru pembimbing dalam mentoring praktikum.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Peranan, Kemahiran, Mentoring praktikum, KPLI, Institut perguruan |
| Subjects: | L Education > LB1028 Education research > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | RAZALINAH BINTI DARAIM - |
| Date Deposited: | 26 Jan 2026 15:51 |
| Last Modified: | 26 Jan 2026 15:51 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45858 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

