Kajian perbezaan tiga jenis baja asas (kompos, tanah bakar dan baja NPK) untuk pertumbuhan sayur sawi bunga (Brassica chinensis)

Isjamlan Taulani (2007) Kajian perbezaan tiga jenis baja asas (kompos, tanah bakar dan baja NPK) untuk pertumbuhan sayur sawi bunga (Brassica chinensis). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000727.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan perbandingan tiga jenis baja iaitu baja kompos, baja tanah bakar, baja bukan organik NPK (Urea, TSP, dan MOP) dan tanah atas pennukaan terhadap pertumbuhan sayur sawi bunga (Brassica chinensis). Kajian ini telah dilaksanakan di Ladang Teknologi Tumbuhan, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini telah dijalankan selama lima minggu dan cerapan data diambil bermula pada minggu kedua selepas mengubah. Kajian ini menggunakan reka bentuk rawak lengkap (eRD) dan setiap rawatan mempunyai 4 replikasi. Rawatan pembajaan ini diberikan setiap 1 minggu dan data diambil bermula pada hari ke-3, 6, 9 , 12, 15, 18, 21,24, dan 27 hari selepas maungubah (HSM). Analisis data dilakukan pada hari ke- 6, 21, dan 27 hari selepas mengubah. Kadar baja yang digunakan ialah Urea: 0.75g TSP: 0.45g MOP: 0.75g untuk NPK dan 50g/pot untuk tanah bakar, kompos dan kawalan. Parameter yang dikaji ialah panjang daun, lebar daun, bilangan daun, tinggi pokok, berat basah, berat kering, kandungan klorofl, dan pH medium sebelum dan selepas penanaman. HasH daripada keputusan menunjukan, min panjang daun, lebar daun dan tinggi pokok menunjukkan perbezaan beerti pada hari ke-21 dan 27 tetapi tidak pada pada hari ke-6. Min bilangan daun menunjukkan perbezaan beerti pada hari ke-27 tetapi tidak pada hari ke-6 dan 21. Min bagi berat basah dan berat kering menunjukkan perbezaan yang beerti. Sayur sawi yang diberi baja NPK mencatatkan nilai min yang paling maksimum bagi kesemua parameter yang dikaji. Rawatan dengan kadar pembajaan bagi setiap pasu Urea: 0.75g TSP: 0,45g MOP: 0.75g (Urea:90kg/ha Pâ‚‚0â‚…: 30kg/ha Kâ‚‚0: 120kg/ha) menunjukkan kadar baja yang paling sesuai digunakan untuk penanaman sayur sawi. Disamping itu, kajian ini mendapati bahawa baja organik jenis tanah bakar dengan kadar 50g/pot (6.5tan/ha) telah memberikan hasil kedua tertinggi diikuti oleh baja jenis kompos dengan mengekalkan tahap pH tanah yang baik. Analisis ke atas kandungan klorofil menunjukkan pembajaan NPK memberi hasil tertinggi, diikuti oleh baja tanah bakar dan tanah atas permukaan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Compost, Burned soil, Inorganic fertilizer NPK, Chinese cabbage, Plant Technology Farm
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S631-667 Fertilizers and improvement of the soil
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Sep 2012 17:24
Last Modified: 23 Oct 2017 16:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4772

Actions (login required)

View Item View Item