Goh, Mei Ling (2005) Analisis pengangguran Sabah dan Labuan dari tahun 2000 hingga 2003. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000744.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Disertasi ini adalah bertujuan untuk mengkaji masalah pengangguran dari segi umur, jantina, tahap pendidikan dan kawasan. Dalam kajian ini, hubungan antara bilangan kes pengangguran dengan bilangan kekosongan jawatan telah dikenalpasti. Kajian ini menguji sama ada sampel yang diambil adalah homogeneous dari segi umur, jantina tahap pendidikan dalam kawasan yang dikaji. Data yang digunakan adalah data sekunder. Data tersebut diperolehi daripada Jabatan Tenaga Pekerja Sabah dari tahun 2000 sehingga 2003 dalam bentuk bulanan. Ujian korelasi dan ujian khi kuasadua telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa taburan kes pengangguran adalah tidak homogeneous. Di kawasan Kota Kinabalu, pemuda dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun, perempuan dan tahap pendidikan SPM merupakan kumpulan yang mempunyai kes pengangguran yang paling ketara. Juga didapati bahawa kekosonganjawatan dan kes pengangguran tidak mempunyai hubungan yang kuat.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Unemployment, Different categories, Job vacancies, Homogeneous population, Relationship unemployment cases |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Sep 2012 16:15 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 17:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4796 |
Actions (login required)
View Item |