Cheang, Yin Leng (2007) Kajian hayat penyimpanan serbuk keju dengan menggunakan teknik spektroskopi inframerah transformasi fourier. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000745.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Teknik spektroskopi FT-IR digunakan dalam menilai hayat penyimpanan keju. Sampel keju disimpankan dalam suhu penyimpanan yang berbeza dan dianalisiskan pada masa yang berbeza selama 30 hari. Data spektra dikumpulkan dengan menggunakan spectrometer FT-IRl670 daripada buatan syarikat Thermo Nicolet Corporation, Amerika Syarikat. Spektra FT-IR dikumpul dengan peratus pemancaran (percent transmittance), %T dalam julat di antara 4000-600cm¯¹ dengan resolusi sebanyak 4cm¯¹ dan menggunakan 30 imbas untuk setiap sampel dengan menggunakan perisian OMNIC. Prinsip kumpulan penyerapan yang berkait dengan kumpulan berfungsi dalam serbuk keju yang terlibat dapat dikenalpastikan. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa hasilan spektra yang dikumpulkan selama sebulan ini tidak mempunyai perubahan yang banyak. Ini menunjukkan bahawa kumpulan berfungsi seperti asid amino dan asid karbosilik dalam keju dapat dikekalkan. Dari bentuk fizikal pula, serbuk keju yang disimpan dalam suhu bilik (sampel A) mempunyai perubahan manakala serbuk yang disimpan dalam suhu penyimpanan 3°C (sampel B) tidak mempunyai perubahan. Warna sampel A bertukar dan ia menjadi berbau. Sebagai kesimpulan, hayat penyimpanan keju agar panjang jika suhu penyimpanannya kekal pada 3°C .
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Shelf-life period, Cheese, Spectroscopy, Spectrums collected |
Subjects: | S Agriculture > SF Animal culture > SF1-1100 Animal culture > SF191-275 Cattle > SF250.5-275 Dairy processing. Dairy products |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Sep 2012 16:22 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 17:27 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4797 |
Actions (login required)
View Item |