Abdul Hani Abdul Mannan (2007) Kesan kombinasi air kelapa dan ekstrak kentang ke atas proliferasi protokom orkid phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000757.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian terhadap kesan kombinasi air kelapa dan ekstrak kentang ke atas proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea telah dijalankan. Protokom bagi P. gigantea yang berumur 120 hari telah digunakan sebagai eksplan yang di kultur. Medium MS digunakan sebagai medium basal. Kepekatan air keiapa pada O%(v/v), 5%(v/v), lO%(v/v), 15%(v/v) dan 1 %(w/v) ekstrak kentang di tambah ke dalam media MS sarna ada secara sendiri atau secara kombinasi. Medium MS tanpa sebarang komponen tambahan digunakan sebagai kawalan. Kesemua medium ditarnbah O.1%(w/v) arang. Hasil kajian selepas 10 minggu pengkulturan menunjukkan penggunaan ekstrak kentang dan air kelapa sarna ada secara sendirian atau kombinasi mencatatkan juiat purata peratusan segmen yang berproliferasi antara 34.48±9.39 hingga 88.00±17.89. Juiat purata peratusan segmen yang menghasiikan akar antara 37.14±16.29 hingga 75.43±17.45. Juiat purata peratusan segmen yang menghasilkan daun antara 14.29±17.50 hingga 60.00±23.47. Penambahan air kelapa sebanyak 15% (v/v) menunjukkan potensi untuk meningkatkan peratusan kadar proliferasi yang agak baik malah memberi peratusan pembentukkan rhizoids/akar rerambut dan pembentukkan daun yang agak baik berbanding medium lain pada hujung tempoh pengkulturan. Sementara, rawatan 1 %(w/v) ekstrak kentang tidak memberi apa-apa perubahan yang besar keatas kadar proliferasi protokom. Oleh itu, rawatan 1 %(w/v) ekstrak kentang tidak sesuai sebagai bahan tarnbahan dalam medium MS bagi tujuan proliferasi protokom orkid P.gigantea.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Orchid, Phalaenopsis gigantea, Coconut water, Potato extract, Protocorm |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK474.8-495 Spermatophyta. Phanerogams > QK495 Angiosperms |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 10 Sep 2012 16:16 |
Last Modified: | 10 Oct 2017 17:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4826 |
Actions (login required)
View Item |