Kajian aktiviti antimikrob ekstrak tumbuhan cosmos caudatus terhadap staphylococcus aureus, bacillus subtilis dan candida albicans

Nur Hafifah Johari (2006) Kajian aktiviti antimikrob ekstrak tumbuhan cosmos caudatus terhadap staphylococcus aureus, bacillus subtilis dan candida albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000873.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan ke atas Cosmos caudatus untuk menentukan potensi antimikrob tumbuhan tersebut dalam mengawal pertumbuhan mikrob patogen yang menyebabkan penyakit manusia khususnya penyakit kulit. Antara mikrob yang digunakan dalam ujian ini ialah Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans. Ujian ini bertujuan untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan ekstrak tumbuhan ini dalam aktiviti perencatan mikrob. Antara faktor-faktor yang dikaji ialah kepekatan ekstrak dan masa pendedahan ekstrak dengan mik:rob. Ujian antimikrob dijalankan dengan menentukan Unit Pembentukan Koloni (UPK) mikroorganisrna yang diuji. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak Cosmos caudatus mempunyai potensi antimikrob dalam merencatkan pertumbuhan Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans. Walau bagaimanapun ekstrak didapati lebih berkesan sebagai agen antibakteria dengan menunjukkan keupayaan merencat lebih tinggi pada bakteria Bacillus subtilis. Kepekatan ekstrak 100mg/ml pada masa pendedahan 90 minit menunjukkan aktiviti perencatan bilangan koloni mikrob paling tinggi. 8agi ujian pertumbuhan spora, kepekatan ekstrak yang berkesan akan mengurangkan percambahan spora Candida albicans. Ekstrak Cosmos caudatus berkepekatan 100mg/ml menunjukkan aktiviti perencatan yang tinggi dalam pertumbuhan spora. Nilai kepekatan minimum yang diperlukan untuk merencatkan Staphylococcus aureus dan Bacillus subtilis masingmasing ialah >5.5mg/ml dan >8mg/ml.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: antimicrobial, staphylococcus aureus, bacillus subtilis, candida albicans
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Department: INSTITUTE > Biotechnology Research Institute (BRI)
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 17 May 2013 11:20
Last Modified: 13 Oct 2017 15:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5855

Actions (login required)

View Item View Item