Chau, Ei Mun (2005) Pembangunan alat bantuan penilaian dietari (foto makanan dan model makanan). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000925.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Alat bantuan penilaian dietari digunakan untuk memudahkan responden dalam penganggaran dan ingatan semula catuan saiz dan kuantiti makanan yang telah diambil. Alat bantuan penilaian dietari (foto makanan dan model makanan) telah dibangunkan. Dua kaedah perbandingan telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan alat bantuan dalam penilaian dietari. Kaedah pertama adalah perbandingan min kalori, protein, lemak, karbohidrat dan kalsium di antara rekod pengambilan makanan bertimbang (A) dan ingatan diet semula 24 jam yang menggunakan alat bantuan penilaian dietari (8). Kaedah kedua pula adalah perbandingan min kalori antara soal selidik kekerapan pengambilan makanan yang menggunakan alat bantuan penilaian dietari (C) dengan yang tanpa menggunakan alat bantuan penilaian dietari (D). Seramai 64 orang responden (responden lelaki 24 orang, responden perempuan 40 orang) terlibat dalam kajian ini. Didapati tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara kaedah (A) dan kaedah (8) yang merupakan kaedah piawai em as (golden standard). Ini menunjukkan bahawa kaedah (8) berkemungkinan mampu memberikan maklumat pemakanan yang setepat seperti kaedah (A). Sebanyak 93.5% responden bersetuju bahawa alat bantuan dapat memudahkan penganggaran catuan saiz dan kuantiti makanan. Seramai 61.3% responden bersetuju ia membantu mereka untuk mengingat semula makanan yang dimakan, dan 71% responden berpendapat foto makanan membantu mengenalpasti makanan yang telah diambil. Didapati 7 jenis makanan pad a kaedah (C) dengan kaedah (D) telah menunjukkan perbezaan signifikan dari segi penganggaran kalori (p<0.05) daripada daging lembu (p=0.049), daging kambing (p=0.022), ikan (p=0.D47), ikan bilis (p=0.014), jambu batu (p=0.047), tembikai (p=0.046), dan minuman bergas (p=0.025). Sebanyak 93.9% responden bersetuju bahawa ia dapat memudahkan penganggaran catuan saiz dan kuantiti makanan. Didapati 57.6% responden setuju bahawa ia membantu ingatan semula makanan yang telah diambil, dan 78.8% responden menyatakan ia menolong dalam pengenalpastian makanan yang telah dimakan. Oleh itu, penggunaan alat bantuan penilaian dietari dapat memudahkan penilaian dietari dan mampu memberikan hasil yang tidak berbeza secara signifikan dengan kaedah pengambilan makanan bertimbang.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Dietaries |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | MDM FAUZIAH MATSIN |
Date Deposited: | 13 May 2013 11:33 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 17:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5913 |
Actions (login required)
View Item |