Tinjauan sensitiviti dan reaksi pelajar-pelajar UMS terhadap sistem kebersihan dan keselamatan kafeteria-kafeteria university

Noreen Fazila Abdul Wahab (2006) Tinjauan sensitiviti dan reaksi pelajar-pelajar UMS terhadap sistem kebersihan dan keselamatan kafeteria-kafeteria university. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000928.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

TINJAUAN SENSITIVITI DAN REAKSI PELAJAR-PELAIAR UMS TERHADAP SISTEM KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KAFETERIA-KAFETERIA UNIVERISTI Tinjauan secara temubual personal telah dijalankan kepada 200 pelajar-pelajar UMS. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau faktor-faktor tarikan, cara penggunaan kafeteria-kafeteria universiti, kemudahan yang disediakan dan kaedah pengendalian makanan oleh pekerja. Daripada 200 responden yang ditemubual, 150 responden didapati membeli makanan di kafeteria universiti. Kafe A, Kafe C dan Kafe E merupakan kafeteria yang paling sering dikunjungi oleh responen. Sekurang-kurangnya, 71% responden Kafe A, 67% responden Kafe C dan 63% responden Kafe E membeli makanan dan membawanya pulang ke bilik berbanding makan di kafeteria. Faktor tarikan major responden ke kafe adalah jarak yang dekat kafeteria dengan kolej kediaman. Faktor-faktor tarikan lain adalah kebersihan dan harga makanan yang murah di kafe. Kebanyakanr esponden,6 4%, tidak berpuash ati dengans istem kebersihand an keselamatan makanan di kafe seperti kemudahan yang disediakan dan sikap pekerja sewaktu mengendalikan makanan. Daripada inspeksi peribadi, dapat dilihat bahawa makanan yang siap dimasak tidak dipamerkan di dalam kabinet makanan bercermin dan tiada tong sampah disediakan di dalam premis kafeteria. Kemudahan mencuci tangan tidak berfungsi dengan balk. Satu-satunya kemudahan mongering tangan yang disediakan adalah tisu manakala kemudahan lain seperti sabun dan mesin penegering tangan tidak disediakan. Seramai 47.5% responden telah mengalami keracunan makanan pada tahun lepas. Responden yang selebihnya tidak pasti sama ada telah mengalami keracunan makanan atau tidak. Ini adalah disebabkan mereka keliru untuk mengenalpasti symptom-simptom keracunan makanan. Simptom keracunan makanan yang paling tinggi dialami oleh 42.5% responden adalah cirit birit dan diikuti oleh 36% responden muntah-muntah. Pegawai perubatan dan pakar adalah sumber yang sangat dipercayai oleh 54.4% responden berhubung isu kebersihan dan keselamatan makanan. Faktor keracunan makanan yang paling bahaya dirasakan oleh 29.0% responden adalah penggunaan bahan awet dan aditif berlebihan dalam makanan. Sebagai kesimpulan, kebanyakan responden tidak berpuas had dengan beberapa aspek kebersihan dan keselamatan makanan di kafeteria. Banyak aspek perlu di perbaiki dan dipertingkatkan seperti kemudahan mencuci tangan, tong sampah dan sikap para pekerja sewaktu pengendalian makanan. Kesedaran pengguna dan pengendali makanan berhubung kebersihan dan keselamatan makanan masih rendah. Kesedaran yang rendah tentang faktor-faktor keracunan makanan dan simptom-simptomnya telah meningkatkan keracunan makanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: food hygiene and safety, cafeterias, UMS,
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 09 May 2013 10:58
Last Modified: 13 Oct 2017 17:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5915

Actions (login required)

View Item View Item