Geologi am dan kajian kestabilan cerun sepanjang jalan Kg. Tontolob Liwan - Kg. Tiang (KM26-KM42) jalan raya Ranau - Tambunan, Sabah

Lam, Jacqueline Wan Hwa (2008) Geologi am dan kajian kestabilan cerun sepanjang jalan Kg. Tontolob Liwan - Kg. Tiang (KM26-KM42) jalan raya Ranau - Tambunan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000356.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sepanjang jalan Ranau hingga Tambunan (KM 26-42). Kawasan ini diliputi oleh Formasi Crocker (Bosen Akhir hingga Miosen Awal) yang dibahagikan kepada tiga unit utama, iaitu unit batu pasir tebal, unit selang batu pasir dengan lapisan syal, dan unit syal tebal dan Endapan Aluvium Kuatemeri (Kuatemer hingga Resen) pula adalah terdiri daripada batu kerikil, batu pasir, dan batu lodak dengan kehadiran sedikit endapan lempung di sepanjang sungai. Sifat fizikal dan kejuruteraan bagi kelima-lima sampel tanah menunjukkan bahawa bahan kegagalan merupakan tanah jenis berlempung yang mempunyai penggredan yang baik hingga buruk, berkeplastikan sederhana hingga tinggi (16.06%-32.81%) yang mengandungi aktiviti lempung yang normal (0.88-1.17), darjah pengecutan yang tinggi hingga sangat tinggi (6.79%-10.00%), kandungan kelembapan yang berjulat antara 19.67% hingga 39.25%, graviti tentu (2.56-2.67), ketumpatan kering berjulat dari 1.61 Mglm³ hingga 1.85 Mg/m³, kekuatan ricih yang sangat lembut hingga lembut (5.03 kN/m²-25.64 kN/m²), dan kebolehtelapan yang sangat rendah hingga tak telap (1.02 x 10-7 m/s hingga 5.03 x 10-10m/s). Parameter yang diuji untuk sampel batuan pula termasuk ujian tukul pantulan Schmidt (19 MPa-118 MPa), ujian titik beban (lS(50)) adalah di antara 0.76 hingga 5.28, dan ujian kebolehlasakan batuan (0%-94.47%). Analisis petrografi menunjukkan bahawa batuan Formasi Crocker dikelaskan sebagai 'kuarza wak'. Analisis kestabilan cerun menunjukkan nilai faktor keselamatan bagi cerun tanah adalah berjulat dari 1.05 hingga 1.97 (berpotensi) dan cerun batuan pula adalah berjulat dari 0.58 hingga 0.68 (tidak selamat). Iklim merupakan faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun berlaku. Kegagalan cerun di sepanjang kawasan kajian berkait rapat dengan struktur geologi formasi batuan. Unit batu pasir tebal (Formasi Crocker) adalah paling baik untuk dijadikan sebagai kawasan pembinaan bangunan kerana ia adalah lebih stabil berbanding dengan unit batuan Formasi Crocker yang lain dan Endapan Aluvium Kuatemeri. Satu sistem pengurusan cerun yang sistematik dapat memberi ramalan awal dan langkah berjaga-jaga diambil bagi mengurangkan kos perbelanjaan untuk membaikpulihkan kawasan cerun yang mengalami kegagalan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Quaternary alluvium deposits, Ranau-Tambunan Road
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Dec 2011 16:13
Last Modified: 12 Oct 2017 11:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/597

Actions (login required)

View Item View Item