Ng, Li Ting (2011) Pembangunan produk minuman jus kanistel (Pouteria Campechiana). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001008.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk baru minuman jus kanistel (Pouteria campechiana). Objektif kajian ini merangkumi pembangunan formulasi terbaik untuk produk minuman jus kanistel, menentukan kandungan nutrisi, mengkaji kehilangan mutu produk semasa penyimpanan dan mengkaji penerimaan orang ramai terhadap produk ini. Sebanyak sembilan formulasi awal telah dibangunkan dan satu formulasi terbaik, F5 dipilih menerusi dua peringkat ujian sensori, iaitu ujian pemeringkatan diikuti ujian hedonik. Formulasi F5 yang mengandungi 40% puri kanistel, 14% gula, 0.1% asid sitrik, 0.02% natrium benzoat dan 45.88% air dipilih sebagai formulasi terbaik. F5 mencatat skor min yang paling tertinggi, iaitu 5.28 ± 0.96 bagi atribut warna, 4.40 ± 1.34 bagi atribut aroma, 5.13 ± 1.20 bagi atribut kemanisan, 5.08 ± 0.92 bagi atribut kemasaman, 4.68 ± 1.10 bagi atribut aftertaste, dan 5.28 ± 0.93 bagi rasa keseluruhan. Menerusi analisis proksimat, minuman jus kanistel mengandungi kelembapan yang tinggi iaitu 82.43 ± 0.05%, 0.22 ± 0.10% abu, 0.21 ± 0.00% protein, 0.19 ± 0.04% lemak, 0.52 ± 0.11% serabut kasar dan 16.03 ± 0.12% karbohidrat. Produk ini mempunyai 66.67 kcal tenaga/ 100 ml. Sebanyak 11.08 mg asid askorbik/ 100 ml sampel terkandung dalam produk. Pertumbuhan koloni bakteria sebanyak 5.5 x 104 CFU/ ml menerusi kaedah TPC dan 3.7 x 104 CFU/ ml koloni yis dan kulat dengan kaedah PDA pada minggu ketiga. Nilai pH dan jumlah pepejal terlarut hanya menurun sedikit ke 3.47 ± 0.05 dan 12.8 ± 0.44 °Briks masing-masing pada minggu ketiga; tiada perbezaan signifikan (p>0.05) wujud. Jangka hayat penyimpanan bagi produk ini adalah selama tiga minggu. Menurut hasil ujian perbandingan berpasangan, terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi atribut warna, aroma, kemanisan, kemasaman, aftertaste, dan penerimaan keseluruhan . Dalam ujian pengguna, seramai 88% responden menggemari minuman jus kanistel ini. Selain itu, terdapat 70% responden akan membeli produk ini jika dipasarkan. Produk minuman jus kanistel ini merupakan minuman jus buah yang kava dengan kandungan vitamin C. Produk ini mempunyai atribut warna, kemanisan dan kemasaman yang digemari dan ini memberi kelebihan berbanding dengan produk jus buah yang lain. Maka, produk minuman jus kanistel ini mempunyai potensi untuk dipasarkan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | pouteria campechiana,canistel juice, vitamin C |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 May 2013 10:31 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 16:04 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5984 |
Actions (login required)
View Item |