Nur Afiqah Osman (2011) Penghasilan mi campuran susu soya dan rumpai laut Kappaphycus Alvarezii dan Caulerpa Lentillifera. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001010.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian yang telah dijalankan adalah penghasilan produk mi rumpai laut dengan kombinasi tepung gandum, serbuk rumpai laut K. alvarezii dan C. lentillifera dan air diganti dengan susu soya. Daripada 9 formulasi yang dibentuk, keputusan ujian pemeringkatan menunjukkan F4, F4 dan F9 telah dipilih. Satu formulasi terbaik dipilih iaitu F5 daripada hasil ujian hedonik yang dijalankan. Sampel F5 adalah kombinasi 83% tepung gandum, nisbah serbuk rumpai laut K.alvarezii kepada C. lentillifera ialah 10.5:4.5% dan garam 2%. F5 mencatatkan nilai skor min tertinggi pada semua atribut dan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada atribut kekenyalan, kelembutan dan penerimaan keseluruhan. Hasil analisis proksimat menunjukkan mi rumpai laut dan susu soya mengandungi kandungan abu 35.82±0.38%, kelembapan 14.16±0.16, protein 11.34±0.22, lemak 0.83±0.20%, serabut kasar 1.11±0.05, kabohidrat 36.28±0.29 dan kandungan tenaga yang diperoleh adalah 208kcal/g. Hasil keputusan untuk serabut diet mi rumpai laut dengan susu soya adalah 1.5±00%. Ujian mutu penyimpanan pula dijalankan selama 8 minggu pada suhu 25±2°C. Hasil keputusan bagi ujian mikrobiologi mendapati bilangan koloni masih lagi dibawah 106 cfu/g. Keputusan ujian kelembapan menunjukkan terclapat perbezaan yand signifikan (p<0.05) diantara kandungan kelembapan sepanjang tempoh penyimpanan. Keputusan ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara atribut sepanjang tempoh penyimpanan. Mi rumpai laut ini dijangka mempunyai tempoh penyimpanan lebih kurang 8 minggu. Bagi potensi pembelian mi rumpai laut dengan susu soya ini mempunyai peluang yang baik dipasaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | seaweed noodle, kapapphycus alvarezii, caulerpa lentillifera, soy milk |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 May 2013 10:30 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 16:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5986 |
Actions (login required)
View Item |