Pembangunan teh campuran rumpai laut hijau (Caulerpa Lentillifera), pegaga (Centella Asiatica) dan pudina (Mentha Arvensis)

Ng, Sak Ling (2011) Pembangunan teh campuran rumpai laut hijau (Caulerpa Lentillifera), pegaga (Centella Asiatica) dan pudina (Mentha Arvensis). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001014.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan teh dengan bahan tempatan iaitu rumpai laut hijau (Caulerpa lentillifera), pegaga (Centella asiatica) and pudina (Mentha arvensis). Teh campuran dihasilkan dengan mencampurkan semua bahan yang telah dikeringkan pada suhu 50°C, Formulasi yang terbaik telah dipilih daripada sembilan formulasi yang dihasilkan melalui ujian pemeringkatan dan ujian hedonik. F1 yang mengandungi 40 % C. lentillifera, 30 % C. asiatica and M. arvensis telah dipilih sebagai formulasi terbaik kerana mendapat nilai min yang tertinggi bagi semua atribut dan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) berbanding dengan formulasi yang lain. Analisis proksimat menunjukkan teh campuran mengandungi 7.32 ± 0.59 % lembapan, 15.59 ± 0.45 % abu, 16.49 ± 0.64 % protein, 0.97 ± 0.11 % lemak, 4.40 ± 0.00 % serabut dietari, 55.23 ± 1.14 % karbohidrat. Tea campuran mengandungi 20.63 mg GAE/g kandugan polifenol, 65.45 ± 2.11% perencatan radikal DPPH dan 88.67 ± 0.27% perencatan radikal ABTS+. Keputusan proksimat dan antioksida menunjukkan teh campuran adalah tinggi dalam nilai nutrisi. Kandungan lembapan teh campuran menunjukkan peningkatan signifikan (p<0.05) manakala nilai pH menunjukkan penurunan signifikan (p<0.05) dalam lapan minggu kajian mutu simpanan. Selepas penyimpanan selama lapan minggu, ujian mikrobiologi menunjukkan teh campuran yang dihasilkan adalah selamat untuk diminum. Ujian perbandingan berganda menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi atribut warna, aroma, rasa dan penerimaan keseluruhan kecuali atribut kelikatan selepas lapan minggu penyimpanan. Ujian pengguna menunjukkan penerimaan yang agak baik kerana 66 % responden sudi membeli teh campuran ini. Kesimpulannya, teh campuran yang bernutrisi ini mempunyai potensi untuk dijual di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Caulerpa lentillifera, Centella asiatica, Mentha arvensis, tea, green seaweed, pennywort, mint
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 17 May 2013 10:22
Last Modified: 13 Oct 2017 15:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5990

Actions (login required)

View Item View Item