Kajian pengambilan susu dan produk tenusu di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Dayang Noorlizah Awang Mahmood (2011) Kajian pengambilan susu dan produk tenusu di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001038.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Susu dan produk tenusu seperti keju dan yogurt merupakan sumber kalsium yang baik untuk individu namun pengambilan susu bagi penduduk Asia masih rendah jika dibandingkan dengan negara Barat. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 364 responden terdiri dari 183 (50.3%) orang lelaki manakala responden perempuan adalah seramai 181 (49.7%) orang. Seramai 325 (89.3%) orang responden pernah mencuba susu dan produk tenusu yang ada di pasaran dan seramai 39 (10.7%) orang responden tidak pernah mencuba susu dan produk tenusu yang ada di pasaran. Kajian menunjukkan daripada 39 orang yang tidak pernah mencuba susu dan produk tenusu yang ada di pasaran adalah kerana tidak suka akan rasanya. Daripada jumlah keseluruhan responden, hanya 65 (17.9%) terdiri dari 29 perempuan dan 36 lelaki yang mengambil susu dan produk tenusu secara harian. Manakala daripada responden yang mengambil susu dan produk tenusu yang memenuhi saranan pengambilan susu dan produk tenusu 2 hingga 3 hidangan setiap hari adalah seramai 37 orang. Faktor utama yang menjadi dorongan untuk responden mengmbil susu dan produk tenusu adalah faktor dorongan diri sendiri dengan jumlah responden lebih daripada 80%. Melalui soalan pendapat yang dikemukakan, majoriti daripada responden mempunyai tanggapan positif terhadap kebaikan dan potensi susu dan produk tenusu. Melalui kajian ini dapat dikenalpasti bahawa daripada kumpulan susu, minuman susu lebih menjadi pilihan bagi pengambilan, diikuti yogurt dan keju. Perisa susu yang menjadi pilihan ramai adalah dua perisa iaitu perisa coklat dan perisa asli. Jenis susu dan produk susu yang paling menjadi pilihan adalah jenis rendah lemak. Melalui kajian ini dikenalpasti bahawa terdapat perhubungan di antara jantina dengan kekerapan pengambilan susu dan produk tenusu yang signifikan pada aras keertian p< 0.05. Secara keseluruhannya penerimaan responden terhadap susu dan produk tenusu adalah baik, namun tahap pengambilan susu dan produk tenusu adalah rendah, justeru pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran pelajar Universiti Malaysia Sabah terhadap potensi kebaikan susu dan produk tenusu untuk kesihatan tulang khususnya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: milk product, UMS student, nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 May 2013 08:35
Last Modified: 13 Oct 2017 17:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6075

Actions (login required)

View Item View Item