Kesan pengiklanan ke atas pengguna terhadap pemilihan makanan

Joanne Rennie Joitol (2011) Kesan pengiklanan ke atas pengguna terhadap pemilihan makanan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001044.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kesan pengiklanan ke atas pemilihan makanan lebih menekankan kesannya ke atas kanak - kanak dan sehingga kini hanya sebilangan kecil sahaja yang mengetahui kesannya terhadap golongan remaja dan dewasa. Kajian ini dijalankan bagi melihat kesan pengiklanan ke atas pengguna terhadap pemilihan makanan. Perkaitan di antara pengiklanan dan pemilihan makanan di kaji samada pengguna akan membeli sesuatu produk makanan setelah menonton iklan. Faktor - faktor yang mempengaruhi kecenderungan pengguna dalam memilih makanan juga dikenalpasti. Selain itu, anggaran perbelanjaan pengguna ke atas pembelian makanan di perolehi. Seramai 384 orang responden, 258 orang perempuan dan 126 orang lelaki, dengan julat umur di antara 19 hingga 25 tahun (dewasa muda) terlibat dalam kajian ini. Terdapat perkaitan yang signifikan di antara jenis pemilihan makanan pengguna dan faktor pengiklanan (p < 0.05). Kesemua faktor yang diuji iaitu harga, nilai pemakanan (khasiat makanan), promosi, label pembungkusan makanan, iklan, dan rasa (keenakan makanan) didapati mempengaruhi kecenderungan pengguna dalam pemilihan makanan. Faktor rasa (keenakan makanan) merupakan faktor yang paling memberi impak dengan memperolehi 82.8% (318 orang responden). Peratusan tertinggi adalah pada julat perbelanjaan RM 51 - RM 100 dengan 27.1% (104 orang responden) bagi anggaran perbelanjaan pengguna yang diperuntukkan untuk membeli makanan dalam tempoh sebulan. Secara kesimpulannya, pengiklanan mempengaruhi pengguna dalam membuat pemilihan makanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: advertisement impact, consumer, food choice, influence
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 May 2013 13:02
Last Modified: 13 Oct 2017 17:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6106

Actions (login required)

View Item View Item