Pembangunan tauhu campuran rumpai laut Eucheuma Denticulatum

Lai, Yi Fui (2011) Pembangunan tauhu campuran rumpai laut Eucheuma Denticulatum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001048.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk membangunkan produk tauhu campuran rumpai laut Eucheuma denticulatum. Dalam pemprosesan tauhu campuran rumpai laut, kacang soya diekstrak untuk menghasilkan susu soya dan rumpai laut dikeringkan serta dikisar untuk menghasilkan serbuk rumpai laut yang halus. Ujian penilaian sensori BIB serta hedonik dijalankan untuk menentukan formulasi terbaik daripada enam formulasi sampel yang lain. F3 yang terdiri daripada 2.5% serbuk rumpai laut, 94.5% susu soya dan 3% gypsum merupakan formulasi terbaik. Dalam penganalisian proksimat, F3 terdiri daripada 91.08% air, 0.96% abu, 1.97% lemak kasar, 4.69% protein kasar, 1.1% serat dietari dan 0.21% karbohidrat. Warna tauhu campuran rumpai laut adalah kuning muda dengan kehijauan pudar pada seluruh produk berbeza dengan warna kekuningan cerah kelihatan pada produk kawalan. Dalam kajian mutu simpanan, nilai pH, kimdungan kelembapan serta tekstur produk menunjukkan kemerosotan dari segi kualiti sepanjang tempoh penyimpanan. Dalam ujian mikrobiologi, pertumbuhan koloni bakteria, yis serta kulat mula dikesan pada produk setelah penyimpanan selama lima hari. Tauhu campuran rumpai laut dinyatakan dapat bertahan selama tujuh hari dengan penyimpanan dalam peti sejuk pada suhu 3oC. Ujian berbandingan berganda menunjukkan atribut-atriibut seperti aroma, rasa dan kelicinan adalah berbeza dengan sam pel segar kecuali warna pada produk tauhu dikekalkan sepanjang tempoh penyimpanan. Ujian pengguna terhadap produk menunjukkan 51% pengguna suka akan produk dan 59% pengguna akan membeli produk jika dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: tofu, eucheuma denticulatum, seaweed, soy bean
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 May 2013 09:24
Last Modified: 13 Oct 2017 17:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6116

Actions (login required)

View Item View Item