Lai, Siew Hong (2011) Pembangunan produk minuman herba pracampur buah luo han guo (Siraitia Grosvenorii) dan peria (Momordica Charantia). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001049.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan dijalankan untuk membangunkan minuman herba pracampur buah Luo Han Guo dan peria yang memberi kebaikan kepada kesihatan pengguna. Kajian awal melihat perbezaan peratusan buah Luo Han Guo, peria, dan maltodextrin yang digunakan. Sebanyak sembilan formulasi dibangunkan, tiga formulasi terbaik dipilih berdasarkan penilaian sensori dalam ujian pemeringkatan Balanced Incomplete Block (BIB) dan dianalisis dengan Friedman-type statistik serta Fisher's LSD. Formulasi terbaik dipilih berdasarkan analisis ANOVA selepas penilaian atribut dengan skala hedonik dijalankan. Formulasi F7 yang mempunyai min skor tertinggi dari semua atribut dipilih sebagai formulasi terbaik dengan nisbah 5:1:4 bagi buah Luo Han Guo, peria, dan maltodextrin. Minuman pracampur dihasilkan mempunyai kandungan lembapan 8.39±0.31 %, kandungan abu 2.62±0.21 %, kandungan protein 4.30±0.11 %, kandungan lemak 3.72±0.05%, kandungan serabut kasar 19.46±0.92%, dan 61.51±1.04% kandungan karbohidrat. Pengaliran serbuk pracampur adalah sederhana dengan indeks Carr's 21.57%, dan nilai kebolehbasahan 90.67±3.21s. Aktiviti air bagi produk adalah 0.63. Penambahan 250ml air panas kepada satu uncang (15g) serbuk pracampur menghasilkan minuman yang mempunyai nilai pH 5.23±0.01 dan nilai kandungan pepejal terlarut 1.77±0.06 °Briks. Tiada perbezaan signifikan (p>0.05) dalam nilai pH, kandungan pepejal larut, dan aktiviti air sepanjang lapan minggu kajian penyimpanan menggambarkan produk adalah stabil dalam tempoh kajian. Kajian pengguna bagi produk ini menunjukkan sebanyak 13% akan membeli, dan 78% mung kin akan membeli produk ini jika dijual di pasaran. Secara keseluruhan projek penyelidikan ini telah berjaya menghasilkan minuman pracampur buah Luo Han Guo dan peria yang mempunyai potensi pasaran.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | luo han guo, siraitia grosvenorii, bittermelon, momordica charantia, herbal drink |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 May 2013 09:25 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 17:26 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6117 |
Actions (login required)
View Item |