Kajian pengambilan makanan berkalsium oleh golongan dewasa di Kg. Bambangan, Inanam

Flecia Minsun (2011) Kajian pengambilan makanan berkalsium oleh golongan dewasa di Kg. Bambangan, Inanam. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001056.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap pengambilan kalsium, faktor-faktor pengambilan dan pemilihan makanan serta mengenalpasti sumber makanan utama yang menyumbang kepada zat kalsium penduduk dewasa (n=120; 48 lelaki; 72 perempuan) di Kg. Bambangan, Inanam berumur 19-59 tahun. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik, ingatan diet 24 Jam dan kekerapan pengambilan makanan (FFQ). Purata pengambilan kalsium menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara keduanya (t=1.031; p=0.305>0.05). Faktor senang diperolehi menjadi faktor utama pengambilan makanan berkalsium penduduk. Didapati sayur-sayuran dan legum dan produk legum menjadi sumber utama kalsium. Ujian t-test tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) terhadap purata pengambilan setiap kumpulan makanan bijirin, susu, ikan, legum, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan jantina. Kesimpulannya, pengambilan makanan berkalsium penduduk dewasa Kg. Bambangan, Inanam berada pada tahap yang rendah kerana tidak mencapai saranan pengambilan kalsium daripada RNI (2005).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: calcium intake, adult, Kg.Bambangan, nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 May 2013 09:22
Last Modified: 13 Oct 2017 17:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6126

Actions (login required)

View Item View Item