Pembangunan produk minuman herba campuran gaharu dan misai kucing

Teo, Qiao Xin (2011) Pembangunan produk minuman herba campuran gaharu dan misai kucing. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001067.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pembangunan produk Minuman Herba Campuran Gaharu (Aquilaria malaccensi) dan Misai Kucing (Orthosiphon stamineus, Benth) dengan empat formulasi telah dibangunkan. Produk ini dipek ke dalam uncang teh dengan berat 2g per uncang dan disediakan berdasarkan kaedah piawai infusi sebanyak 250ml air panas. Dalam kajian ini, penilaian deria kualiti sensori dan analisa fizikokimia telah dijalankan terhadap kesemua formulasi. Analisa proksimat dan antioksidan juga dijalankan terhadap formulasi yang terbaik daripada Ujian Pemeringkatan dan daun kering Gaharu. Sampel D telah dipilih sebagai formulasi akhir yang terbaik. Produk akhir formulasi mempunyai nilai pH 6 di mana dalam lingkungan nilai pH yang selamat digunakan dan warna dengan nilai L, a* dan b* masing-masing adalah 3.11 ± 0.14, - 0.08 ± 0.01 dan 0.43 ± 0.08. Selain itu, produk akhir formulasi juga mengandungi 4.15 ± 0.55 % lembapan; 4.34 ± 0.21 % abu; 0.11 ± 0.07 % lemak; 10.72 ± 1.00 % serabut kasar; 14.43 ± 0.45 % protein dan 49.13% karbohidrat. Jumlah anggaran kandungan tenaga adalah sebanyak 117.07 kcal/g. Analisa penentuan kandungan fenolik ke atas sampel D turut mencatat 9.43%. Daripada Ujian Penerimaan Pengguna, 92% daripada kalangan responden adalah suka akan produk akhir, Sampel D manakala sebanyak 87% telah memberikan respon yang positif dalam pembelian produk akhir jika dipasarkan kelak. Secara keseluruhan, projek penyelidikan ini telah berjaya menghasilkan Minuman Herba Campuran Gaharu dan Misai Kucing dan mempunyai potensi pasaran yang baik serta berkhasiat

Item Type: Academic Exercise
Keyword: herbal drink, gaharu, misai kucing, aquilaria malaccensi
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Jun 2013 15:44
Last Modified: 13 Oct 2017 17:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6157

Actions (login required)

View Item View Item