Nurhidayah Mat Ariffin (2011) Pembinaan pangkalan data dalam bentuk CD interaktif berkaitan sayur-sayuran Tempatan di malaysia dari sudut latar Belakang umum, khasiat pemakanan dan Faedah kesihatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001068.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Satu kajian telah dilakukan bagi membangunkan satu pangkalan data dalam bentuk CD-ROM interaktif berkaitan sayur-sayuran tempatan di Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan. Semua maklumat dan informasi yang berkaitan dikumpul dan disatukan sebagai data sekunder dari pelbagai jenis sumber.CD-ROM interaktif ini dibangunkan menggunakan perisian Cyber/ink Power Director, Corel Draw dan Microsoft Powerpoint 2010. Pangkalan data yang dinamakan sebagai CD-ROM interaktif MyVegesâ„¢ ini menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Tahap penerimaan terhadap pembangunan CD-interaktif ini dinilai menggunakan kajian soal selidik terhadap 300 responden yang terdiri daripada para pelajar Universiti Malaysia Sabah. Tahap penerimaan CD-ROM interaktif MyVegesM adalah pada tahap baik di kalangan para pelajar Universiti Malaysia Sabah (n=300,78.3%). Tahap mesra pengguna adalah pada tahap yang baik (n=300,74.3%) sementara tahap dapatan maklumat berada pada tahap yang sangat baik (n=300,94.3%). Kesimpulannya, pangkalan data dwibahasa di dalam bentuk CD-ROM interaktif berkaitan sayur-sayuran Malaysia dari sudut latar belakang umum, khasiat pemakanan dan faedah kesihatan telah berjaya dibangunkan dan mendapat penerimaan yang baik dari kalangan responden.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | interactive CD ROM, vegetable, nutrition, health benefit |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 05 Jun 2013 09:32 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 17:36 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6158 |
Actions (login required)
View Item |