Tahap penerimaan buah tembikai berdasarkan teknik pemotongan dan pembungkusan yang berbeza di kalangan pelajar tahun empat di sekitar Kota Kinabalu

Tong, Sie Si (2011) Tahap penerimaan buah tembikai berdasarkan teknik pemotongan dan pembungkusan yang berbeza di kalangan pelajar tahun empat di sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001082.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Buah-buahan merupakan komponen yang penting dalam diet yang sihat tetapi pengambilannya di kalangan kanak-kanak tidak mencapai saranan yang ditetapkan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pengambilan di kalangan mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kesan teknik pemotongan dan pembungkusan buah tembikai ke atas tahap penerimaan di kalangan pelajar tahun empat di sekitar Kota Kinabalu. Bahan utama yang digunakan adalah borang soal selidik. Jumlah responden yang diperolehi dalam kajian ini adalah seramai 415 orang yang terdiri daripada 203 lelaki (48.9%) dan 212 perempuan (51.1%). Didapati buah tembikai dalam bentuk segitiga dan pembungkusan kotak plastik mencatatkan respons persepsi kesukaan yang paling tinggi masing-masing 49.2% dan 66.3% apabila dipilih secara berasingan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bentuk buah tembikai yang digemari mengikut jantina (p>0.05) tetapi terdapat perbezaan yang signifikan antara pembungkusan buah tembikai yang digemari mengikut jantina (p<0.05). Kombinasi teknik pemotongan segitiga dan pembungkusan kotak plastik mencatatkan kekerapan pemilihan yang paling tinggi iaitu 28.7%. Respons persepsi kesukaan kombinasi teknik pemotongan dan pembungkusan buah tembikai mengikut jantina adalah sama (p>0.05). Tahap kesukaan sensori buah tembikai termasuk rasa, kemanisan dan warna isi telah ditentukan. Nilai min tahap kesukaan atribut rasa adalah 4.75±0.59, manakala nilai min tahap kesukaan atribut kemanisan adalah 4.70±0.65 dan nilai min tahap kesukaan warna isi buah tembikai adalah 4.56±0.73. Kombinasi teknik pemotongan dan pembungkusan buah tembikai yang dipilih oleh responden tidak menunjukkan perkaitan yang signifikan ke atas ketiga-tiga atribut rasa, kemanisan dan warna isi buah tembikai selepas makan (p>0.05). Kesimpulannya, kombinasi teknik pemotongan segitiga dan pembungkusan kotak plastik buah tembikai paling digemari di kalangan pelajar sekolah rendah tahun empat. Tahap kesukaan atribut buah tembikai tidak dipengaruhi oleh kombinasi teknik pemotongan dan pembungkusan buah tembikai.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: watermelon, packaging technique, slicing
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Jun 2013 16:30
Last Modified: 16 Oct 2017 14:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6184

Actions (login required)

View Item View Item