Lai, Soke Ching (2005) Aktiviti fizikal di kalangan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001093.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
kerap dijalankan pada masa lapang, jenis, kekerapan dan tempoh masa untuk aktiviti sukanl senaman serta menganggarkan tahap aktiviti fizikal dan perkaitan keseimbangan tenaga dengan Indeks Jisim Tubuh (IJT) mahasiswi dari kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 572 orang mahasiswi UMS telah dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Pengumpulan data dijalankan melalui temubual berdasarkan borang soal selidik yang dibahagikan kepada latar belakang responden, am alan pengambilan makanan, pola aktiviti fizikal, ingatan diet 24 jam, ingatan aktiviti harian 24 jam dan ukuran antropometri diukur dan dicatatkan. Seterusnya data dianalisis dengan program SPSS versi 11.0 dan Nutrical Nutrient Calculations System versi 1.01. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada responden terdiri daripada kaum Melayu (40.2%), Gina (33.2%) dan Bumiputra Sabah (14.5%) dengan min umur 22 ± 2 tahun dan min IJT responden adalah 21 .1 ± 3.3 kg/m2 • Kajian menunjukkan aktiviti yang paling kerap dijalankan pada masa lapang adalah membaca bukul majalahl surat khabar (30.8%) diikuti dengan menonton televisyen (28.8%), mendengar radio (22.4%), permainan komputerl internet (16.4%) dan permainan video game (1.6%). Jenis aktiviti bersukanl bersenam yang dijalankan adalah joging (34.4%), berjalan pantas (22.0%), badminton (7.3%), berenang (4.1%), berbasikal (3.7%), bola jaring (3.7%), senam robik (3.7%), bola keranjang (2.8%), taekwando (2.8%), ping pong (1.8%), mendaki gunung (0.9%), bola sepak (0.5%), bowling (0.5%) dan lain-lain sebanyak 9.6%. Majoriti responden bersukanl bersenam dalam lingkungan masa 21-40 minit dalam seminggu dengan mencatatkan 77 (35.5%) orang responden. Paling kurang responden menggunakan masa lebih daripada satu jam dengan mencatatkan 8 (3.7%) orang responden sahaja. Didapati 65.9% daripada jumlah responden mempunyai tahap aktiviti fizikal yang sangat rendah. Ujian kolerasi Pearson menunjukkan perkaitan positif signifikan antara keseimbangan tenaga dengan IJT responden (r = 0.244, P < 0.01) iaitu semakin tinggi imbangan tenaga positif, semakin tinggi IJT.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | physical activities, female student, energy balance, Body Mass Index (BMI), leisure activities |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 07 Jun 2013 13:54 |
Last Modified: | 16 Oct 2017 14:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6209 |
Actions (login required)
View Item |