Mohammad Shafeeq Shafie (2007) Meramal suhu di macau melalui kaedah regresi berganda. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001128.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Perubahan suhu dan pemanasan global yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini membuatkan banyak negara lebih berjaga-jaga terhadap perubahan suhu di negara mereka. Ini kerana, jika suhu dapat diramal dan terdapat suatu model yang berguna bagi merama1 suhu, ia dapat menge1akkan sebuah negara itu daripada mengalami bencana seperti kebakaran hutan dan boleh bersiap sedia sebelum mengalami sebarang ma1apetaka. Justeru itu, objektif utarna kajian ini adalah meramal suhu bagi sesuatu tempat dan dalam kes ini adalah di Macau. Untuk sampai kepada proses ramalan ini, kaedah regresi berganda akan digunakan. Namun begitu, terdapat data yang tidak tercerap dan kaedah kubik splin digunakan bagi menganggar nilai yang tidak dicerap ini. Seterusnya dengan menggunakan analisis regresi berganda maka model terbaik akan diperolehi melalui lapan kriteria pemilihan model dan dalam kajian ini, pembolehubah interaksi diambil kira sehingga tertib keempat. Terdapat lima pembolehubah tidak bersandar dan satu pembolehubah patung yang mempengaruhi suhu di Macau. Terdapat tiga ujian yang dijalankan ke atas parameter setelah model terbaik diperolehi. Ujian tersebut adalah Ujian Individu, Ujian Keseluruhan dan Ujian Waldo Jika Ujian Individu dan Ujian Keseluruhan menolak hipotesis nol bermakna parameter yang terlibat memberikan sumbangan dan kekal dalam model tersebut. Manakala Ujian Wald pula menerima hipotesis nol yang membawa maksud pembuangan pembolehubah yang tidak signifikan adalah benar. Ujian kerawakan pula dilakukan bagi menguji ralat sarna ada tertabur secara rawak atau tidak. Penerimaan hipotesis no1 bermaksud ralat tertabur secara rawak, dengan kata lain min bagi ralat adalah sifar. Setelah keempat-empat ujian ini dilakukan ke atas model terbaik, maka ramalan suhu dapat dilakukan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | temperature, global warming, forecasting process |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 Jun 2013 10:03 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 11:57 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6284 |
Actions (login required)
View Item |