Andresia A. Lojingau (2007) Keupayaan kulit ketam, tiram dan kerang menjerap logam berat kadmium. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001133.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi melihat pengaruh faktor saiz partikel, faktor jisim serta faktor masa dalam keupayaan penjerapan sampel penjerap kulit tiram, kulit kepah serta kulit ketam. Selain daripada itu, perbandingan di antara sampel penjerap juga dilakukan bagi menetapkan sarnpel penjerap yang terbaik. Faktor saiz partikel yang diarnbil kira adalah 0.25mm, 0.5mm dan Imm. Manakala faktor jisim yang diambil kira adalah jisim 0.25g, 0.5g dan 19. Daripada kajian yang telah dilakukan, sampel penjerap yang mempunyai saiz partikel yang paling kecil menunjukkan peratus penjerapan yang paling tinggi diikuti oleh saiz partikel 0.5mm dan 1mm. Dari segi faktor jisim, sampel penjerap ketam menunjukkan peratus penjerapan yang paling tinggi pada sarnpel penjerap yang mempunyai jisim yang paling banyak iaitu 1 g diikuti oleh sampel penjerap yang berjisim 0.5g dan 0.25g. Dalam sampel tiram dan kepah pu1a, sampel penjerap yang menunjukkan peratus penjerapan yang paling tinggi adalah sampel yang berjisim 0.5g, diikuti 1g dan 0.25g. Sampel penjerap denganjisim Ig menunjukkan peratus penjerapan yang lebih rendah kerana mempunyai jisim yang terlalu tinggi. Ion-ion Cd tidak dapat memenuhi ruang permukaan pertukaran ion yang lebih besar menyebabkan peratus penjerapan berkurangan. Dari segi sampel penjerap pu1a, sampel ketam didapati mempunyai peratus penjerapan yang paling tinggi sebanyak 98.92% diikuti sampel tirarn sebanyak 98% dan seterusnya kepah sebanyak 94.93%.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | crab shell, oyster shell, clam shell, cadmium, aquesous solution, particle size, quantity of sorbent, time frame |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 17 Jun 2013 13:58 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6297 |
Actions (login required)
View Item |