Raja Nuraizum Raja Razalli (2010) Pembangunan alat bantu pendidikan dalam pendidikan pemakanan bagi ibubapa dan penjaga kanak-kanak yang menerima bantuan makanan tambahan (bakul makanan) di daerah Penampang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001141.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu pendidikan bagi intervensi pendidikan pemakanan dan untuk menilai keberkesan penggunaan demonstrasi masakan dan risalah bergambar sebagai alat bantu pendidikan pemakanan terhadap kelurga yang menerima bantuan makanan tambahan (bakul makanan). Responden terdiri daripada 20 orang ibubapa kanak-kanak kurang zat makanan yang mewakili daerah Penampang dan Putatan. Kajian ini dijalankan dengan dua kumpulan sebagai kumpulan kawalan dan intervensi. Kumpulan intervensi diberi pendidikan pemakanan selama 4 bulan dari Disember hingga Mac manakala kumpulan kawalan tidak diberi pendidikan pemakanan. Demonstrasi masakan ditunjukkan dan risalah bergambar diberikan kepada subjek. Subjek juga ditemubual dan berat badan anak-anak subjek ditimbang. Berat badan anak subjek telah meningkat dengan signifikan (p<0.05) selepas menerima intervensi pendidikan (11.90±2.11) berbanding sebelum menerima pendidikan pemakanan (11.05±1.95). Secara keseluruhan, alat bantu pendidikan telah dibangunkan dan alat bantu pendidikan juga berkesan dalam membantu peningkatan berat badan kanak-kanak kurang zat makanan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | nutrition education tool, intervention programme, additional food supplement, body weight |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 18 Jun 2013 15:23 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 12:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6313 |
Actions (login required)
View Item |