Penentuan nilai indeks glisemik bagi kuih-muih tradisional di Sabah

Liew, Mui Yee (2010) Penentuan nilai indeks glisemik bagi kuih-muih tradisional di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001149.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kuih-muih tradisional di Sabah adalah makanan berbentuk snek yang digemari oleh masyarakat di Sabah. Dalam kajian ini, tiga jenis kuih-muih tradisional Sabah dipilih untuk mengkaji nilai indeks glisemik bagi kuih-muih tersebut. Ujian penusukan hujung jari responclen dijalankan untuk menguji paras glukosa darah terhadap pengambilan tiga jenis kuih-muih tradisional Sabah iaitu Kuih Jala, Kuih Cincin dan Kuih Panjaram. Kuih-muih tradisional Sabah yang dikaji telah dimakan oleh 10 responden (3 orang lelaki, 7 orang perempuan, min bagi umur: 23.50 ± 1.08, min lJT: 20.37 ± 2.85) dijalankan di Klinik Dietetik dan Pemakanan Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan pada sesi pagi. Setiap jenis sampel makanan dan makanan rujukan (glukosa) yang dikaji adalah mengandungi 50g karbohidrat Alat glukometer digunakan untuk menentukan nilai indeks glisemik. Sampel darah responden diperolehi pada masa 0, 15, 30, 45, 60, 90 dan 120 minit selepas memakan sampel rnakanan dan makanan rujukan. Hasil kajian ke atas kesemua kuih-muih yang dikaji menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) dalam respon paras glukosa darah selepas memakan selama 15 minit dalam hasil analisis AVOVA. Semua kuih-muih tradisional. Sabah mencatatkan puncak respon paras glukosa darah yang genting pada masa 30 minit Kuih Jala rnempunyai nilai indeks glisemik yang paling tinggi (53 ± 4.88). Nilai indeks glisemik bagi Kuih Cincin adalah 47 ± 4.73 dan Kuih Panjaram adalah 49 ± 3.40. Semua kuih-muih tradisional Sabah yang dikaji adalah dikategorikan sebagai makanan yang berindeks glisemik rendah (<55). Faktor-faktor yang mungkin rnempengaruhi nilai indeks glisemik adalah cara pemprosesan dan pemasakan, kandungan lemak, protein dan serabut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: glycemic index, Sabah traditional cakes, kuih Jala, kuih Cincin, kuih Panjaram, gender, method of processing and cooking, fat, protein, dietary fiber
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Jun 2013 15:42
Last Modified: 23 Oct 2017 12:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6325

Actions (login required)

View Item View Item