Kajian aktiviti antimikrob ekstrak tumbuhan Colocasia Esculenta terhadap Staphylococcus Aureus, Bacillus Subtilis dan Candida Albicans

Siti Aisyah Mat Ghani (2006) Kajian aktiviti antimikrob ekstrak tumbuhan Colocasia Esculenta terhadap Staphylococcus Aureus, Bacillus Subtilis dan Candida Albicans. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001161.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian secara in vitro telah dijalankan untuk menilai potensi antimikrob ekstrak kasar metanol daun tumbuhan Colocasia esculenta terhadap Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis dan Candida albicans. Mikroorganisma S. aureus (patogen bakteria bagi manusia) dan C. albicans (patogen kulat bagi manusia) adalah patogen penyebab kepada penyakit kulit seperti kudis, luka dan urinogenital, manakala B. subtilis adalah bakteria yang menyebabkan jangkitan pada manusia seperti endokarditis, sepsis, meningitis, pneumonia dan endophtalmitis. Sampel ekstrak daripada tumbuhan C. esculenla disediakan melalui teknik pengekstrakan Soxhlet. Bahan ekstrak kemudiannya diruapkan sehingga kering untuk mendapatkan sampel ekstrak dalam bentuk pepejal. Kepekatan ekstrak yang digunakan dalam ujian ini ialah 100 mg/ml (100%), 10 mg/ml (75%) dan 1 mg/ml (50%) manakalajangkamasa pendedahan ujian yang digunakan ialah 30 minit, 60 minit dan 90 minit Zon perencatan bagi bakteria diukur untuk mendapatkan nilai 'Minimum Inhibitory Concentration' (MIC) iaitu Kepekatan Perencatan Minimum serta pertumbuhan spora pada kulat dikira pada piringan agar-agar. Didapati ekstrak menunjukkan aktiviti perencatan terhadap bakteria dan kulat. Ekstrak yang berkepekatan 100 mg/ml menunjukkan kesan perencatan yang paling ketara pada jangkamasa 90 minit. Nilai MIC bagi bakteria B. subtilis ialah pada kepekatan ≥0.49 mg/ml, manakala nilai MIC bagi bakteria S. aureus pula ialah pada kepekatan ≥0.58 mg/mt. Daripada perbandingan terhadap aktiviti antimikrob di antara bakteria dan kulat yang digunakan di dalam kajian ini, didapati bahawa C. esculenta adalah bersifat agen antikulat di mana peratus yang paling rendah menunjukkan kesan yang paling tinggi dalam ujian. Secara keseluruhannya, kesan kepekatan ekstrak didapati berbeza secara analisis statistik (p < 0.05) tetapi kesan masa pendedahan didapati tidak berbeza.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: in vitro, antimicrobial, methanol extract, leaf plant, colocasia esculenta, staphylococcus aureus, bacillus subtilis, candida albicans, soxhlet extraction technique
Subjects: ?? QR75-99.5_Bacteria ??
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Jun 2013 12:03
Last Modified: 23 Oct 2017 12:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6367

Actions (login required)

View Item View Item