Tahap pengetahuan penggunaan dan sikap wanita daerah Sandakan terhadap label pemakanan Malaysia

Hiew, Yun Yee (2009) Tahap pengetahuan penggunaan dan sikap wanita daerah Sandakan terhadap label pemakanan Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001206.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tabiat penggunaan, tahap pengetahuan penggunaan label pemakanan dan sikap terhadap label pemakanan Malaysia di kalangan wanita daerah Sandakan, Sabah. Instrumentasi utama ialah borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian: (1) Sosiodemografik; (2) Pengetahuan Peggunaan Label Pemakanan (12 soalan objektif); (3) Sikap terhadap Label Pemakanan (13-item skala likert; dan (4) Tabiat Penggunaan Label Pemakanan. Seramai 394 orang responden (min umur=31±8tahun) dikumpulkan dengan persampelan secara kebetulan. Responden dikategorikan kepada pengguna kerap (49%) dan bukan pengguna kerap (51%). Perkaitan antara tabiat penggunaan label pemakanan dengan ciri-ciri sosiodemografik diuji dengan khi kuasa dua. Perbezaan tahap pengetahuan penggunaan label pemakanan dan sikap terhadapnya di antara pengguna kerap dan bukan pengguna kerap dibanding dengan ujian Mann-Whitney. Analisis lebih lanjut terhadap tahap pengetahuan penggunaan label pemakanan dan sikap dengan pembolehubah sosiodemografik diuji dengan ujian Mann-Whitney dan Kruskal-Wallis. Hubungan antara tahap pengetahuan penggunaan dengan sikap terhadap label pemakanan diuji dengan kolerasi Spearman. Hasil ujian khi kuasa dua mendapati penggunaan label pemakanan mempunyai perkaitan dengan ciri-ciri sosiodemografik wanita (p<0.05). Skor pengetahuan untuk pengguna kerap adalah nyata lebih tinggi daripada bukan pengguna kerap (p=0.008). Pengguna kerap nyata bersikap lebih positif daripada kumpulan yang lain (p<0.001). Responden yang berumur 50-59tahun (p=0.02); menerima pendidikan diploma ke atas (p<0.001); golongan pelajar, pekerja sepenuh masa dan warga pencen (p<0.001); berpendapatan bulanan tinggi (>RM4000) (p<0.01); mengambil supplemen (p=0.004) dan pernah menerima pendidikan pemakanan (p=0.01) nyata mempunyai tahap pengetahuan penggunaan label pemakanan yang lebih baik. Seperti yang dijangkakan, tahap pengetahuan penggunaan label pemakanan adalah berkolerasi dengan sikap terhadap label pemakanan (rs=0.137, p=0.007). Kesimpulannya, penggunaan label pemakanan di kalangan suri rumahtangga, individu yang bertahap pendidikan rendah dan bersosioekonomi rendah harus diberi perhatian.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: habit, attitude, women, Socio-demographic, nutrition label usage knowledge, lower socioeconomic status, low levels of formal education
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 10 Jul 2013 14:25
Last Modified: 23 Oct 2017 14:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6530

Actions (login required)

View Item View Item