Maizatul Akma Mohd Afandi (2007) Kesan tekanan oksidatif terhadap kualiti pisang Saba (Musa paradisiaca cv. saba) semasa peranuman dan senesen. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001218.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Suatu kajian tentang kesan tekanan oksidatifterhadap kualiti pisang Saba (Musa paradisiaca cv. saba) semasa peranuman dan senesen telah dijalankan. Kajian ini dijalankan pada indeks kematangan 1,4, 8, Xl, dan X2 menggunakan 5 parameter iaitu hayat simpanan, kehilangan berat, peratusan kandungan pepejal terlarut, asid tertitrat dan aktiviti polifenoloksidase. Ujikaji ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk CRD (Complete Randomize Design) di mana rawatannya mengandungi 5 replikasi dengan mengambil jumlah sampel sebanyak 25 sampel. Data yang diperolehi dari hayat simpanan, kehilangan berat, TSS, asid tertitrat dan aktiviti PPO dianalisa dengan menggunakan kaedah analisis varian (ANOV A) dan perbezaan antara setiap faktor dan min bagi setiap parameter yang digunakan ditentukan dengan menggunakan ujian julat berganda Duncan (Duncan's Multiple Range Test, DMRT). Asid tertitrat dan TSS buah pisang dipengaruhi dengan berkesannya oleh peringkat kematangan buah. Aktiviti PPO berkurang secara berkesan mengikut tempoh hari penyimpanan. Daripada SPSS output bersamaan dengan 0.000, terdapat bukti secara statistik bahawa kesan tekanan oksidatif mempengaruhi kehilangan berat, kandungan pepejal terlarut, asid tertitrat dan aktiviti PPO semasa peranuman dan senesen.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Saba banana, oxidative stress, maturity index, weight loss, titratable acidity, ripening and senescene |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Jul 2013 13:24 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 15:07 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6552 |
Actions (login required)
View Item |