Penghasilan warna dalam kalangan masyarakat Sabah tradisional: Satu kajian tentang kaedah, teknik dan kegunaannya

Noor Syaharina Ambok Ongak (2011) Penghasilan warna dalam kalangan masyarakat Sabah tradisional: Satu kajian tentang kaedah, teknik dan kegunaannya. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000191.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Setiap bahan dan sumber semula jadi serta kaedah dan teknik menghasilkan warna dikenal pasti dan didokumentasikan secara terperinci untuk dijadikan sumber rujukan. Maklumat terperinci tentang bahan, kaedah dan teknik kajian diperoleh daripada informan-informan yang terdiri daripada golongan tua serta individu yang mahir dalam pembuatan warna dan kraf tangan bagi masyarakat Bajau, Murut, Lundayeh, Iranun, Kadazandusun dan Rungus. Penyelidikan ini juga telah berjaya memperlihatkan beberapa warna yang dihasilkan secara tradisi seperti hitam, merah, kuning, hijau, merah jingga, merah jambu, ungu, coklat dan perang. Warna-warna tradisi ini dihasilkan sepenuhnya daripada sumber alam semula jadi seperti kulit kayu, daun, buah-buahan, biji-biji buah, lumpur dan arang. Teknik yang digunakan dalam penghasilan warna ini mencakupi teknik rebusan, teknik gosokan dan sapuan, serta teknik rendaman dan perapan yang setiap satunya akan dilakukan dalam jangka masa yang berbeza.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: traditional method, ways of making colour, documentation, colouring material, nature
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 18 Jul 2013 09:58
Last Modified: 11 Oct 2017 15:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6594

Actions (login required)

View Item View Item