Penghasilan serunding ikan todak(spesis Tylosurus Leiurus)

Mohd Nazrila Baseri (2005) Penghasilan serunding ikan todak(spesis Tylosurus Leiurus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001262.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk membangunkan produk serunding ikan todak dari spes is Tylosurus leiurus. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dengan setiap formulasi mempunyai peratusan isi ikan, cili merah dan santan yang berbeza. 12 formulasi serunding ikan todak ini dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 4 formulasi dalam setiap kumpulan. Kumpulan pertama mengandungi 30% isi ikan, 10% dan 15% cili, 35% dan 40% santan dan kandungan air 15%, 20% dan 25%. Kumpulan kedua mengandungi 35% isi ikan, 10% dan 15% cili, 35% dan 40% santan dan kandungan air 10%, 15% dan 20%. Kumpulan ketiga pula mengandungi 40% isi ikan, 10% dan 15% cili, 35% dan 40% santan dan kandungan air 5%, 10% dan 15%. Dua sesi penilaian sensori dijalankan, iaitu Ujian pemeringkatan untuk mendapatkan formulasi terbaik dalam setiap kumpulan dan Ujian Skala Hedonik bertujuan menilai atribut warna, aroma, tekstur, kepedasan, rasa ikan, after taste dan penerimaan keseluruhan untuk memilih satu formulasi terbaik. Setiap sesi sensori melibatkan 30 orang ahli panel terdiri daripada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Berdasarkan keputusan ujian tersebut, formutasi F4 adalah merupakan formulasi terbaik. Analisis proksimat yang dijalankan ke atas formulasi terbaik mendapati F4 mengandungi 30.44% protein, 3.4% air, 19.55% abu, 11.89% lemak, 28.2% serabut kasar dan 6.5% karbohidrat. Selain itu, ujian penyimpanan yang dijalankan pula mendapati jangka hayat formulasi terbaik adalah lebih dari 6 minggu jika disimpan pada suhu bilik (25°C). Kesimpulannya, produk serunding ikan todak berjaya dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: needlefish, Tylosurus leiurus, floss, Hedonick Scale test, Ranking test
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 Aug 2013 09:47
Last Modified: 23 Oct 2017 15:27
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6725

Actions (login required)

View Item View Item