Penghasilan rekabentuk pembungkusan bergrafik stok rumpai laut

Stalin Ak James Janum (2005) Penghasilan rekabentuk pembungkusan bergrafik stok rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001266.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi memperolehi rekaan pembungkusan produk stok sup perisa rumpai laut yang diterimai ramai berdasarkan kajian terhadap faktor seperti atribut warna, bentuk dan juga pengendalian yang berkaitan.Soal selidik dilakukan pada fasa pertama terhadap atribut seperti bentuk, warna dan juga sampel produk stok sup yang paling disukai di pasaran. Seramai 500 responden digunakan bersama dengan borang soal selidik pertama. Empat sampel produk coklat pasaran yang dikodkan sebagai A hingga 0 digunakan sebagai sampel tinjauan. Enam bentuk yang dikodkan M hingga R juga disediakan. Seterusnya berdasarkan analisis tinjauan fasa pertama rekabentuk pembungkusan dibangunkan secara komputer dengan menggunakan peri sian seperti Corel Draw versi 12, Corel Rave versi 12, Adobe Photoshop versi 7, Adobe Photo illustrator 7 dan ACDSEE versi 7. Bagi tinjauan fasa kedua, seramai 500 responden diberikan soalan soal selidik kedua bersama dengan 16 sampel yang terdiri daripada bentuk pili han iaitu M, N, O dan P beserta kombinasi empat rekaan yang berkod 1 hingga 4 disediakan. Didapati wujud perbezaan bererti (p<0.05) bagi setiap bentuk yang dikaji. Keputusan menunjukkan bentuk 0 ( silinder) merupakan bentuk yang paling diterimai ramai dengan nilai min terendah iaitu 2.33±1.795 . Terdapat perkaitan bererti (X2= 45.202, p<0.05) terhadap pemilihan warna bagi setiap kategori. Seramai 138 responden (27.9%) mengemari kombinasi warna merah dan kuning. Didapati sejumlah 53 responden remaja didapati mengemari kombinasi warna merah dan kuning berbanding 85 responden dewasa yang juga memilih warna yang sama. Manakala sejumlah 80 responden dewasa meminati warna biru muda. Terdapat perbezaan bererti (p<0.05) terhadap bentuk dengan kombinasi rekaan yang disediakan. Sentuk silinder yang diwakili sebagai O dengan rekaan kedua merupakan pembungkusan yang paling diterima dengan nilai min 2.33 ± 1.79. Secara kesimpulan warna yang paling digemari ialah warna kombinasi merah dan kuning,dan juga bentuk silinder.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: soup packaging, seaweed flavored stock, cyclinder shape, graphic design
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 19 Aug 2013 11:07
Last Modified: 23 Oct 2017 15:29
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6729

Actions (login required)

View Item View Item