Kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap label nutrisi di Kota Kinabalu

Tew, Lee Boon (2009) Kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap label nutrisi di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001301.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah mengkaji kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap label nutrisi di Kota Kinabalu. Seramai 382 responden telah dipilih secara rawak dan borang soal selidik soalan jenis tertutup digunakan. Majoriti responden adalah perempuan, pekerja biasa dan berumur di antara 20-29 tahun yang berpendidikan sekurang-kurangnya tahap sekolah menengah dan mempunyai min umur 33+8.4 tahun. Keputusan mendapati jantina mempunyai perbezaan yang nyata dengan kesedaran eX 2=74.894, p<0.01) dan frekuensi membaca label nutrisi eX 2=22.428, p<0.001). Perempuan yang merasakan label nutrisi penting lebih cenderung membaca label nutrisi eX 2 =52.075, p<0.001). Tahap pendidikan mempengaruhi secara langsung kepada kesedaran tentang kewujudan perundangan pelabelan ex 2=172.050, p<0.01) dan kekerapan membaca label nutrisi ex 2 =86.000, p<0.001). Ciri-ciri demografik responden menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap pengetahuan penggunaan label nutrisi. Responden perempuan ez=-2.188, p=0.029), berumur 20-29 tahun eX 2 =33.930, p<0.001), berpendidikan diploma ke atas eX 2 =70.281, p<0.001), serta menceburi dalam bidang professional dan golongan pelajar ex2 =23,905, p<0.001) menunjukkan pengetahuan yang lebih baik. Kesimpulannya, pengetahuan pengguna penting untuk meningkatkan kesedaran dan penggunaan terhadap label nutrisi. Sumber utama responden mendapat pengetahuan tentang label nutrisi adalah melalui media elektronik. Faktor-faktor responden tidak membaca label nutrisi boleh dikurangkan dengan sistem simbol dan penyampaian maklumat secara ringkas dan mudah difahami. Secara keseluruhan, kesedaran pengguna adalah rendah dan tahap pengetahuan responden di Kota Kinabalu adalah sederhana dan boleh dipertingkatkan lagi. Kajian seterusnya boleh fokus kepada pandangan dan kepercayaan terhadap label nutrisi di kalangan pengguna termasuk pengguna yang tidak menerima pendidikan formal dan buta huruf.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: awareness and knowledge, nutritional label, gender, Codex Alimentarius
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 03 Sep 2013 10:34
Last Modified: 17 Oct 2017 13:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6865

Actions (login required)

View Item View Item