Joanne Lourdsamy Jaya (2005) Penentuan kandungan lemak dan tahap penerimaan pelbagai jenis santan yang diperolehi di sekitar bandar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001318.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menentukan kandungan lemak dalam pelbagai bentuk santan yang boleh diperolehi di bandar Kota Kinabalu serta menentukan tahap penerimaannya. Sebanyak 4 bentuk telah dikaji iaitu santan segar, santan serbuk, santan kotak (santan krim) dan santan tin. Keputusan analisis lemak menunjukkan perbezaan signifikan (p<0.05) di antara kesemua bentuk santan. Santan serbuk mempunyai kandungan lemak yang tertinggi dengan nilai min 64.00% ± 2.53 dan santan tin mempunyai kandungan Jemak yang terendah dengan nilai min 28.16% ± 5.88. Manakala, nilai min kandungan lemak dalam santan segar ialah 47.88% ± 1.45 dan santan kotak ialah 56.40% ± 5.57. Dalam kajian ini ujian sensori juga dijalankan untuk menentukan tahap penerimaan pengguna terhadap santan yang digunakan dalam masakan kari ayam. Seramai 40 ahli panel dipilih secara rawak di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah untuk menentukan tahap penerimaan. Atribut yang dikaji ialah warna, aroma, kelikatan, rasa, after taste dan penerimaan keseluruhan. Keputusan ujian menunjukkan kesemua atribut mempunyai perbezaan signifikan (p<0.05) kecuali atribut aroma. Sampel kari ayam disediakan menggunakan santan segar mempunyai nilai min yang tertinggi bagi atribut warna (5.68%±1.37), rasa (5.30% ± 1.24), after taste (5.63% ± 1.13) dan penerimaan keseluruhan (5.58% ± 1.34). Manakala bagi atribut aroma dan kelikatan pula, sampel kari ayam disediakan menggunakan santan serbuk mempunyai nilai min yang tertinggi, masing-masing dengan nilai min 5.15% ± 1.19 dan 5.20% ± 1.36. Secara keseluruhan, santan segar menjadi pilihan ahli panel.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | fat, type of coconut milk, level of acceptance, thickness attribute, aroma |
Subjects: | T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 11 Sep 2013 13:06 |
Last Modified: | 17 Oct 2017 13:41 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6938 |
Actions (login required)
View Item |